Bacaan Halaqah Keluarga

Assalamualaikum,…

Pembaca Yang Dikasihi Allah swt.
“Banyak membaca menjadikan seseorang lebih cepat tua dari umurnya”
. Jangan pula bimbang, kerana ia bukan bermaksud penuaan fizikal, tetapi ‘tua’ ilmu pengetahuan berbanding umur fizikal kita. Dan ‘penuaan’ jenis ini amat baik untuk kita sebenarnya.

Kenapa dikatakan begitu?! Jika diteliti sebaik-baiknya, seseorang yang mengarang buku/kitab, memerlukan masa beberapa bulan atau beberapa tahun untuk menyiap dan mengumpulkan ilmu dalam satu makalah. Bertahun-tahun diambil untuk menyiapkan karya-karya besar dan agung ini, tetapi kita – hanya memerlukan beberapa hari atau minggu untuk membaca dan menggali ilmu di dalamnya yang mengandungi usaha bertahun-tahun tersebut.

Oleh itu, dengan membaca, kita sebenarnya lebih tua dari sudut ilmu dan pengetahuan berbanding fizikal kita.. Rangsanglah anak-anak untuk suka membeli dan cintakan budaya membaca buku. Kerap-kerapkan diri, membawa mereka ke kedai-kedai buku berhampiran dan galakkan mereka membeli buku-buku bacaan mereka sendiri. Hasil pembacaan itu nanti, sediakan satu slot ‘bedah buku’ dari mereka secara giliran dalam  sessi Halaqah Keluarga mingguan anda.. . insyaAllah, mereka pasti suka!

“Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. (Al-Alaq: 1)

Nah! Kami di pihak Halaqah Keluarga juga mempunyai kesukaan. Iaitu membeli buku, menghadiahkan buku dan berkongsi judul-judul buku untuk anda baca dan dapatkan manfaatnya. InsyaAllah, gallery buku di bawah ini, memaparkan cadangan buku-buku yang boleh dijadikan bahan bacaan anda seisi keluarga.

Amat disyorkan untuk anda memilikinya. Sediakan ruang bacaan dan rancang supaya terdapat ‘mini perpustakaan’ di rumah anda.

Tetapi, jika anda rasa sedikit ‘kedekut’ untuk membeli buku.. ;), jangan bimbang kerana resit-resit buku yang di beli pada tahun semasa boleh mendapat pengecualian cukai sehingga RM1000 (jika tak salah)..  So? takde alasan bukan?!… Ayuh, letak sasaran untuk minima berbelanja paling kurang RM1000 setiap tahun.. hehehe 🙂

Selamat Membaca!
Halaqah Keluarga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s