Kenali Halaqah Keluarga

Assalamualaikum w.b.r.k.t.h

Pembaca yang budiman,
Alhamdulillah, setelah hampir 8 bulan Halaqah Keluarga beroperasi di Facebook bermula 10 May 2011, kini kami mula mengorak langkah untuk berkomunikasi dengan anda menggunakan Blog (wordpress.com). Menjadi Blogger la pulak?! 😉

Awal Tertubuh
Untuk makluman semua. Ketika di awal penubuhan, orientasi kami hanya berkisar kepada bagaimana untuk berkongsi ilmu dan pengalaman (walau pun masih cetek sebenarnya) dengan pasangan muda yang baru atau dalam proses membina rumahtangga. Perkongsian secara ‘santai’ yang diminati oleh anak-anak muda. Tetapi, dengan izin Allah swt sesuatu yang di luar jangkaan telah berlaku di mana Halaqah Keluarga telah diikuti secara terus oleh pelbagai lapisan umur masyarakat. Bertitik tolak dari situ, kami merasakan ada keperluan untuk lebih serius dalam menginstitusikan Halaqah Keluarga sebagai wadah penyampaian ilmu kekeluargaan Islam.

Siapa Kami?!
Wallahu’alam. Mungkin ada di kalangan kita yang tertanya-tanya Siapa Kami? Siapa Halaqah Keluarga?! mmmm… :).

Jujur. IaInilah adalah jawapan yang paling sukar. Kenapa dikatakan sukar?! Ini kerana, persoalan membina, dan mengurus serta mengekalkan keluarga adalah satu proses ujian yang berterusan. Ikhlas. Kami sentiasa bimbang, jika dikenali siapa kami kemudian masyarakat mula membuat perbandingan antara kami dan apa ilmu yang dikongsi di dada Halaqah Keluarga? atau bagaimana anak kami di besarkan? Ia mungkin menghampakan anda semua. Kerana ianya tidak terlaksana 100%.

Kami penuh dengan kelemahan, kecuaian dan kekurangan. Jika anda kenal kami, mungkin ilmu kekeluargaan Islam yang kami kongsikan akan menjadi tawar dan hambar. “ala, sembang aje lebih”“cakap berdegar-degar, keluarga dia ntah apa-apa!”. Uish, bimbang sungguh kami sebenarnya. Dan yang paling dan amat digeruni juga bukanlah ‘kritikan’ terhadap kami tetapi kehambaran dan ketidakyakinan yang mungkin timbul terhadap ilmu kekeluargaan Islam yang kami kongsikan. Ketidakmampuan kami dalam mengaplikasikannya boleh memberi fitnah kepada ilmu tersebut. Itulah kegusaran kami yang sebenarnya.. (pecah lubang.. hehehe ;)).

Oleh sebab itu, kaedah tidak menghubungkan ilmu dengan individu/keluarga tertentu serta tidak mengenalkan kami kepada masyarakat adalah cukup berasas. Kami lebih selesa tidak dikenali sehinggalah tenaga penggerak Halaqah Keluarga makin bertambah pada masa hadapan dan masyarakat lebih mengenali Halaqah Keluarga sebagai sebuah institusi da’wah & tarbiyah dalam skop kekeluargaan dan bukan individu di belakangnya… ;). (boleh baca buku ‘the leader who had no title’ karangan Robin Sharma) – tapi, kami bukan bermaksud kami sebagai ‘watak’ dalam buku ni ya.. (don’t get me wrong).

Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan. Kami akan ‘berta’aruf’ secara umum tentang Siapa Kami sebenarnya. Alhamdulillah, kami merupakan sepasang suami-isteri-ibu-bapa yang baru dikurniakan seorang cahayamata lelaki. Sedang menuntut di United Kingdom dan dibantu seorang sahabat di Malaysia yang soleh & masih bujang (dalam proses walimah insyaAllah). Doanya, sedikit waktu lagi tenaga kami yang berempat ini akan bertambah setelah seorang lagi sahabat yang bujang akan bersama Halaqah Keluarga setelah beliau mendirikan rumahtangga dalam bulan June 2012 nanti. Dengan bertambahnya keanggotaan maka bertambahlah lagi tanggungjawab untuk menceriakan ‘suasana kekeluargaan Islam’ ini nanti. Kami masih lagi menuntut di Universiti dan agak terkekang dari sudut masa. Doanya juga setelah tamat pengajian di tahun-tahun mendatang, Halaqah Keluarga akan dapat lebih serius dalam melaksanakan agenda yang terdapat dalam perancangan jangka panjang kami. Hajat doa anda juga.. 🙂

Kenapa Halaqah Keluarga?
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, Kenapa Halaqah Keluarga?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, halaqah atau liqa’ atau usrah adalah mekanisme yang selalu digunakan pakai dalam proses tarbiyah sesebuah gerakan Islam. Mekanisme tarbiyah ini telah dilihat dan diuji effective dalam melahirkan individu yang ‘tersibghah’ (tercelup) dengan aqidah, ibadah dan akhlak Islami.

Bagi sesiapa yang sudah biasa dengan konsep ‘maratib amal‘ oleh al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, pasti tidak asing lagi dengan kaedah pembinaan individu Islam (fardhi Muslim), diikuti pembinaan keluarga Islam yang dikenali ‘Baitul Muslim’, seterusnya ‘Baitul Muslim’ yang terancang dan bercambah menjadi masyarakat Islam, dan seterusnya hinggalah kita menjadi guru peradaban (ustaziatul alam). Cukup ‘cantik’ susunan maratib amal ini bukan?!

Nah! Dari konsep ‘maratib amal’ (tertib amal da’wah) ini, kami membuat pengamatan dengan realiti yang ada di depan mata dalam masyarakat Islam hari ini. Boleh dikatakan bahawa, dengan ketidakmampuan dan kecuaian kita mengurus dan menyebarkan da’wah ke pelusuk sendi masyarakat, telah ramai anak-anak muda yang belum sempat ‘tersentuh dan terbina dengan da’wah dan tarbiyah’ secara individu telah mula mendirikan rumahtangga bersama pasangan masing-masing.

Dari keluarga muda ini, lahir pula bayi-bayi kecil yang bersih tetapi (mungkin) terdidik dalam suasana yang tidak Islami disebabkan kekurangan pendedahan ‘ilmu pendidikan anak-anak Islam’ (tarbiyatul aulad). Kesannya, (mungkin juga) boleh menyebabkan bayi-bayi bersih ini “berisiko” dicuaikan oleh ibubapa mereka yang masih muda tersebut dalam aspek pendidikan Islam yang menyeluruh. Maka membesarlah ‘mereka’ dalam suasana didikan mengikut ‘acuan’ mereka sendiri. Dan proses ini berterusan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun, dan makin membarah dalam masyarakat Islam hari ini.

Di satu sisi yang lain pula, terdapat juga segelintir aktivis da’wah yang telah terbina & terdidik dengan Islam secara individu. Ditakdirkan berkahwin dengan pasangan yang terbina & terdidik juga. Tetapi, keaktifan mereka hanya berlaku di luar rumah sahaja. Maksudnya, mereka aktif berhalaqah atau berusrah tetapi hanya bersama mad’u-mad’u baru atau ikhwah wa akhwat dalam lingkungan masing-masing sahaja. Di rumah?! Baitul Muslim yang dibina terasa ‘hambar’ dengan kasih sayang, gurau senda dan senyum manja bersama anak-anak dan isteri masing-masing. Halaqah Keluarga tidak berjalan. Ini juga satu masalah.

Oleh itu, dengan izin Allah swt, berdasarkan kepada pengamatan-pengamatan yang ada, platform Halaqah Keluarga di wujudkan dengan matlamat menyediakan ruang komunikasi ke arah pembinaan dan pengukuhan ‘Baitul Muslim’ sebagaimana yang telah digariskan dalam ajaran Islam itu sendiri.

Sasaran utama kami BUKAN kepada yang ‘aktif dengan da’wah & tarbiyah’ tetapi sasaran sebenar kami adalah ‘keluarga-keluarga muda’ di luar sana yang memerlukan bimbingan dalam membina ‘generasi bersih‘ yang dilahirkan dari rahim-rahim mereka. Semoga bayi-bayi yang bersih dari sudut aqidah, akhlak dan pemikiran ini dapat mengecapi bagaimana wajah Islam yang sebenarnya harus mereka fahami dan amalkan. Secara tidak langsung, kesilapan, kecuaian dan kelemahan dalam sistem pendidikan keluarga Islam tidak lagi ‘diwarisi’ oleh generasi mendatang sesuai dengan motto kami “membina generasi ummat bertaqwa”.

Kami Bukan Guru Anda
Jujur. Kami masih mentah dan muda. Disebabkan itu, ingin ditegaskan disini bahawa Halaqah Keluarga lebih menjurus kepada konsep ‘perkongsian ilmu’ dan ‘kesedaran bersama‘ dan bukan bertindak sebagai ‘guru’ kepada anda semua. Kami juga banyak belajar dari anda sebenarnya.

Kami berkeyakinan bahawa konsep ‘memudah cara’ lebih berkesan dengan kekangan ilmu dan pengalaman. Kami juga amat berkeyakinan bahawa ‘sedikit yang kita buat, Allah swt pasti melipat-gandakan pahala dan rahmat-Nya’ – itu juga matlamat kita dalam hidup ini bukan?! Maka, dengan keyakinan inilah kami bergerak bersama-sama dengan anda untuk menyumbang dengan sedikit nikmat yang Allah swt berikan.

Perancangan Masa Depan
InsyaAllah, Halaqah Keluarga dalam proses menyediakan ‘strategik planning’ bagi penerusan dan pengembangan da’wah dan tarbiyahnya dalam masyarakat. Dan diantara program yang kami pertimbangkan dan rancang adalah menjalankan kursus-kursus kekeluargaan, pra-perkahwinan, pengendalian halaqah dalam keluarga, seminar-seminar kekeluargaan dan banyak lagi. Bantuan anda semua amat-amat diperlukan.

Akhir kalam, mohon doa anda semua, semoga Allah swt sentiasa memandu perjalanan Halaqah Keluarga dan kami amat-amat berhajat kepada teguran dan kritikan membina supaya dapat berjalan di atas landasan yang Allah swt kehendaki.
Anda adalah cermin utama kami sebenarnya.

Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.

Wassalam
Halaqah Keluarga.

24.01.12

5 Responses to Kenali Halaqah Keluarga

  1. Salam alaik..
    Tertanya-tanya siapakah pemilik Halaqah Keluarga. Kini terjawab dengan kupasan yang begitu mantap dan simple. Alhamdulillah. Banyak benda yang terdidik.

  2. simple-shida says:

    salam alaik.. salam ramadhan.. singgah menitip kalam. aiwah, wasilah dakwah yg sgt bermanfaat.teruskan usaha antum utk melebarkan sayap ilmu. tebarkan ilmu walau sedikit. bilamana ia bercambah & bertukar fikiran serta pandangan …maka di situlah terserakknya pahala..insyaallah!
    ana menyokong penuh usaha kalian.. sirru ala barakatillah. teruskan pasakkan istiqomah di jalan dakwah. al faqierah : simple-shida (“_)

  3. muazrazzie says:

    Alhamdulillah, tahniah moga Allah pemudahkan segala urusan halaqa keluarga. Sesuai dengan kemampuan individu yg berada di dunia pengajian. Saya Menunggu-nunggu hasil tulisan yang akan dibukukan di pasaran pada masa akan datang. Insya’Allah. Moga terus istiqamoh dalam menebarkan nasihat dan pesanan yang bermanfaat. Aameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s