Kenali Ustaz Anis Matta – Bicara Wang – Bahagian 2

anis matta 1Ikhwah sekalian
Saya ingin bicara 3 point supaya kita lebih terarah dalam soal wang.
a) Mengapa Islam menyuruh kita kaya.
b) Mencari penjelasan tentang mengapa kita miskin.
c) Bagaimana kita mulai merekonstruksi kehidupan kewangan kita.

Mengapa Islam menyuruh kita kaya.
Ibnu Abid Duni
menjelaskan beberapa alasan tentang mengapa kita semua diperintahkan menjadi kaya dalam Islam itu.

Alasan pertama, kerana harta itu tulang belakang kehidupan. Makanya orang kalau punya harta belakangnya nampak lurus. Antum lihat orang-orang Amerika kalau datang ke sini tegap-tegap semua kan , kerana punya duit. Pejabat-pejabat kewangan kita kumpul di CGI tunduk-tunduk semua, kerana mahu pinjam duit. Allah mengatakan “Janganlah kamu berikan harta-harta kamu kepada orang-orang bodoh (orang-orang yang tidak sihat akalnya) iaitu harta harta yang telah Allah jadikan kamu sebagai yang membuat punggung tegap”. Jadi hidup kita tidak normal begitu kita tidak punya wang. Kita pasti punya banyak masalah begitu kita tidak punya wang.

Alasan kedua, peredaran wang itu adalah indikator kesolehan atau keburukan masyarakat. Apabila wang itu beredar lebih banyak ditangan orang-orang jahat maka itu indikasi bahawa masyarakat itu rosak. Apabila wang itu beredar di tangan orang-orang soleh maka itu indikasi bahawa masyarakat itu sihat. Masyarakat Indonesia ini rosak salah satu indikasinya kerana kerana orang-orang solehnya sebahagian besar adalah para fuqara wa masakin. Ahlul Masjid di negeri ini terdiri atas fuqara wa masakin. Bahkan sebahagian besar orang mungkin mengunjungi masjid bukan kerana benar-benar ingin ke Masjid, melainkan kerana tidak punya tempat untuk dituju. Antum lihat orang- orang tua yang datang ke masjid biasanya orang yang kalah dalam pertarungan sosial. Kalau dia tentara, biasa setelah pencen baru dia ke masjid. Kalau dia peniaga biasanya setelah dia bankrupt baru dia ke masjid. Rasulullah SAW mengatakan “Sebaik- baik wang itu adalah wang yang beredar diantara orang-orang soleh” Jadi apabila kita yang ada di sini tidak mengendalikan wang yang ada di Riau, itu adalah tanda- tanda yang tidak bagus. Kenapa? kerana kalau wang itu berada ditangan orang-orang soleh maka wang itu akan mengalir di saluran- saluran yang baik.

Kalau ibu-ibu disini dibagikan 1 Milyar (RM50k) kira-kira wang itu akan digunakan untuk apa? Buat daftar belanja bulanan. Antum boleh lihat semuanya itu belanja kebaikan.

Pertama, pasti akan dipakai untuk potongan parti. Cuba lihat anggota DPR, begitu jadi anggota dewan yang pertama potongan buat parti. Waktu itu ada teman dari Golkar dan PPP, “Itu dana (duit) perbelanjaan DPR dibuat apa?” Kita jawab itu tidak melalui kita, melainkan langsung ke Dapil (Daerah Pemilihan). Wang yang masuk ke tangan orang soleh pasti mengalirnya di kebaikan juga. “Kalau gajinya berapa dipotong? Kalau di Golkar cuma 2.5juta (RM1000) sebulan dipotong”. Kalau di PKS itu biasa 50% sampai 60 %dipotong. Jadi antum lihat daftar belanjanya orang soleh.

Kedua, untuk rehlah, kemungkinan itu pergi umrah atau menghantar untuk naik haji ahli keluarga atau naik haji sendiri. Bapak-bapaknya pun kalau punya wang 1 Milyar, tidak jauh-jauh dari situ juga; infak buat parti, menyenangkan keluarga, dan hal-hal peribadi untuk dakwah peribadinya juga. Semuanya di jalur kebaikan. Bila ada kenikmatan, tidak mungkin dia pergi judi. Tidak mungkin juga dia pergi ke tempat pelacuran, paling- paling jauh dia cari jalur halal (menikah seorang lagi). Tapi cuba sebaliknya, kalau wang itu beredar ditangan orang jahat?, larinya juga pada kejahatan.

Salah seorang saudara saya cerita, waktu itu ada seorang kaya sangat kaya di daerah Indonesia. Orangnya masih hidup sekarang. Dia punya private jet. Terlalu kayanya dia, dia suka main judi di London. Pesawat private jet itu jenis Boeing. Jadi kalau pergi dia membawa rombongan, biasanya dia parking disana 1 minggu atau 2 minggu. Itu kalau parking, kan perlu dibayar. Selama dia main judi, dia berikan teman- temannya yang ingin pakai private jetnya, seperti layaknya meminjamkan kereta. Sekali main, biasanya boleh rugi sampai 5 juta dollar, meskipun kadang- kadang untung 8 juta dollar. Pada suatu hari, waktu main judi di London, dia sudah beberapa hari ingin makan Nasi Padang. Dia beritahu kepada pilotnya untuk terbang ke Singapore beli Nasi Padang terus balik lagi ke London. Begitulah cara mereka menggunakan wang.

Tetapi kalaupun orang kaya itu muslim, dia tidak berjudi, tetapi dia juga tidak punya visi dakwah, dan tidak hidup untuk satu misi besar dalam hidupnya, dia pasti akan menggunakan wangnya untuk kesenangan pribadi, seperti perhiasan dan seterusnya.

Saya punya kawan, kalau dia pakai seluruh perhiasannya kira- kira sekitar 2 juta dollar di badannya, cincinnya 1 juta dollar, keretanya ½ juta dollar, jam tangannya biasa sampai 2 milyar (RM100k). Adalagi temannya kira-kira punya 200 buah jam tangan. Sebuah jam tangan itu harganya kira-kira 2milyar (RM100k). Lebih buruk lagi, kadang- kadang orang kaya yang tidak baik (jahat), menggunakan wangnya untuk memerangi kebaikan. Itulah yang terjadi ketika orang-orang Yahudi mengawal urusan kewangan dunia. Maka dari itu menjadi kaya itu bagi kita adalah satu keharusan, untuk mengembalikan keseimbangan sosial, kehidupan di tengah- tengah kita.

Ketiga, terlalu banyak perintah syariah yang hanya boleh dilaksanakan dengan wang. Antum lihat 5 rukun Islam, syahadah tidak pakai wang, solat tidak pakai wang, puasa tidak pakai wang tapi zakat dan haji pakai wang. Kalau 200ribu orang umat Islam Indonesia tiap tahun pergi haji. Rata-rata mengeluarkan 5000 dollar, cuba antum darabkan berapa banyak wang yang beredar untuk melaksanakan satu ibadah. Belum lagi Jihad. Jadi kita tidak boleh berjihad kecuali dengan wang. Misalnya kita di Indonesia sekarang mahu pergi ke Palestin untuk pergi berperang, tenaga kita tidak diperlukan kerana tenaga sudah cukup dengan yang ada yang disana. Rasul mengatakan “Siapa yang menyiapkan seorang bertempur maka dia juga dapat pahala perang”. Jadi banyak sekali perintah-perintah Islam yang memerlukan wang. Waktu Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, diantara hadits-hadits pertama yang beliau sampaikan pada waktu itu adalah Afsussalam wa ath’imu tho’am. Jadi memberi itu tradisi Nabawiyah. Sering-seringlah memberi kerana itu perintah Nabi, dan ini turunnya di Madinah pada saat menjelang mihwar daulah. Kira- kira di jaman kita inilah, di mihwar dakwah sekarang. Washilul arham dan sambung shilaturrahim. Antum akan melihat nanti di akhir penjelasan saya nanti bahawa ciri-ciri orang maju itu salah satunya adalah kalau berbelanja selalunya dalam 3 hal lebih besar daripada belanja keperluan lauk- pauknya, salah satunya belanja komunikasi. Jadi kalau biaya kredit telefon itu tinggi ianya indikator yang baik. Itu ertinya silaturrahim kita berjalan. Jangan missed call, suruh orang telepon balik.

Keempat, Kerana harta itu adalah hal- hal yang dibanggakan oleh manusia sehingga menentukan tahap sosial. Antum akan lebih berwibawa dan didengar orang kalau punya wang. Apabila tidak punya wang, biasanya kata-kata kita jarang didengari oleh orang. Misalnya dalam keluarga. Antum bersaudara ada 7 orang. Kalau sumbangan kewangan antum dalam keluarga itu tidak banyak dan bila antum satu-satunya da’i dalam keluarga, dakwah antum juga kurang didengar oleh keluarga. Kerana disamping ingin mendengarkan nasihat yang baik orang juga ingin mendapatkan wang yang banyak. Hadiah-hadiah pada hari lebaran, infaq-infaq dan seterusnya dan itu biasanya melancarkan dakwah kita.

Saya hadir pada suatu waktu di sidang Ikatan anggota Parlemen Negara-Negara OKI. Setiap kali ada waktu bertanya yang paling pertama diberi kesempatan bertanya itu utusan dari Arab Saudi, sedangkan utusan dari Negara miskin seperti Marocco atau Tunisia biasanya tidak dapat giliran, jika tidak angkat tangan untuk bertanya. Masalah harta ternyata juga berpengaruh pada hal- hal seperti itu.

Pada tahun 1994 saya ke Jerman. Dua tahun baru selesai kuliah, disana saya bertemu dengan salah seorang ikhwah pengusaha yang punya beberapa supermarket disana. Dia datang menemui saya memakai Mercedes. Saya protes kepada dia dengan semangat dakwah dan jihad, antum itu sanggup pakai Mercedes, saudara-saudara antum di Palestin di sana masih berjuang, antum hidup di Jerman ini pakai Mercedes bagaimana ceritanya. Dia beritahu kepada saya…nanti akan dijelaskan, antum ikut saya saja dulu. Saya diajak keliling supermarketnya dulu. Orang itu memang kaya. Sudah keliling dia beritahu, di Jerman ini kalau ingin ketemu seorang Director (Pengarah), setelah diparking kereta nanti Director itu menyuruh setiausahanya tengok dia itu pakai kereta apa. Jika tidak pakai Mercedes nanti setiausahanya beritahu Director tidak ada. Kalau pakai Mercedes akan disambut baik-baik oleh mereka. Mercedes ini wajib disini. Itu hal- hal yang dibangga-banggakan oleh manusia. Dan itu berkali-kali disebutkan dalam Al-Qur’an. Oleh kerana itu sebagai Muslim saya ingin didengarkan orang, apalagi kita sebagai da’i kita perlu punya wibawa di depan orang. Sebahagian dari wibawa itu juga dibentuk oleh kondisi kewangan kita. Ulama- ulama kita juga meriwayatkan bahawa ternyata diantara hal-hal yang disenangi oleh wanita kepada laki-laki salah satunya adalah wangnya. Perempuan itu katanya menyenangi pada laki-laki kalau dia lebih pintar daripada si perempuan, kalau dia lebih kaya daripada perempuan, lebih kuat daripada perempuan. Dan kepemimpinan itukan diberikan kepada laki-laki salah satu sebabnya kerana kewajiban memberikan nafkah itu. Kalau kita ingin berwibawa di depan isteri tolong kewajibannya ditunaikan dengan sempurna. Itu akan menaikkan wibawa kita di depan isteri. Seorang Isteri itu tidak hanya memerlukan seorang suami yang romantis tapi juga seorang suami yang romantis dan realistis.

Ada seorang akhwat berkata kepada saya, saya sebenarnya tidak materialistik tetapi masalahnya secara realistik kerana kita tidak boleh hidup tanpa material. Dan kalau material kita sedikit maka hidup kita juga tidak akan senang. Sedikit banyak itu juga penting.

Kelima, harta itu salah satu sebab yang dapat membuat orang itu boleh bahagia di dunia. Jangan lagi pernah bicara “biar miskin asal bahagia”. Sekarang perlu kita balik, “biar kaya asal bahagia”. Saya ingat guru saya waktu SD (Sek Dasar/Rendah) selalu mencari kamuflase, bahawa walaupun kita miskin tetap boleh bahagia. Memang boleh, tapi susah. Adalagi yang bicara “wang tidak boleh membeli cinta”. Memang tidak boleh, tapi kalau kita jatuh cinta dan punya wang itu lebih enak.

Rasulullah SAW realistik sekali ketika dia mengatakan bahawa diantara yang membuat orang itu bahagia adalah: Pertama, isteri yang solehah, kedua, rumah yang luas, dalam hadits lain disebutkan bilik-bilik yang banyak. Menurut Syeikh Qardhawi yang disebut kamar-kamar itu minima enam bilik. Satu buah bilik untuk suami isteri, sebuah bilik untuk anak laki-laki, sebuah bilik untuk anak perempuan, sebuah untuk pembantu, dua buah bilik lainnya untuk sanak-saudara suami dan isteri yang datang menginap di rumah. Itu 6 bilik tidak termasuk dapur, ruang makan, ruang keluarga, ruang tamu, perpustakaan keluarga dan musholla. Kelanjutan dari hadits itu, dan kenderaan yang baik.

Antum perhatikan Rasulullah mengatakan rumah dan kenderaan. Rumah itu adalah indikator stability dan kenderaan itu adalah indikator mobility. Rasulullah mengatakan kenderaan yang baik, bukan sekadar kenderaan. Naik beca itu kenderaan tapi belum tentu nyaman, tapi kalau ada kereta sedan yang empuk sehingga kita boleh rehat, itu lebih bagus. Pulang mengisi Liqa’(usrah), kalau kenderaannya nyamankan sedikit mengurangi kelelahan.

Jika suaminya pengurus DPW (Dewan Pengurusan Wilayah), isterinya pengurus DPW, maka masing- masing perlu kenderaan juga. Kalau anaknya 7 siapa yang hantar anaknya sekolah, jadi minima perlu 3 kereta. Waktu saya tidak punya kereta, saya punya motor. Anak saya sekolah di al-Hikmah, jadi kalau pulang dihantar sama saudara saya, anak saya diikat, takut kalau tidur sewaktu-waktu boleh jatuh dari motor. Saya katakan saya berdosa kalau anak saya sampai meninggal, akhirnya saya menelefon teman saya, “tolong sediakan kereta untuk saya”. Itulah pertama kali saya punya kereta. Dosa kita, kasihan anak itu jatuh dari motor. Setengah mati kita jaga, kita lahirkan dengan baik, tapi mati kerana kecelakaan sebegitu.

Kalau suaminya pengurus DPW dan isterinya aktif di salimah atau di Pos Wanita Keadilan, kan perlu kereta juga. Masa suaminya pergi pakai kereta, sedangkan isterinya pergi mesyuarat dimana- mana sambil gendong anak. Dia sudah hamil 9 bulan, merawat anak, malam tidak tidur. Kita zalim juga terhadap isteri kalau kita tidak memberikan hal-hal yang membuat dia senang dalam kehidupan. Untungnya waktu kita menikah dulu banyak akhwat kita yang tidak tahu hadits ini. Padahal dalam banyak pendapat di berbagai madzhab misalnya di madzhab Imam Syafi’i, apalagi Imam Malik, kewajiban wanita itu yang sebenarnya hanya melayani suami dan mendidik anak, sedangkan pekerjaan rumah tangga, mencuci dan seterusnya itu tidak termasuk dalam kewajiban wanita.

Qiyadah-qiyadah akhwat mengikuti daurah tingkat nasional kelmarin di Jakarta. Cuba bayangkan akhwat-akhwat kita sebahagian besar Sarjana (Masters). Waktu kuliah dia direkrutkan salah satu alasannya kerana dia anshirut taqyir dan otaknya brilian. Banyak akhwat kita indeks prestasinya 4.1 tetapi setelah 10 tahun menikah, dia sudah tidak sama tahap lagi dengan suaminya kalau bicara, kerana dia mengalami stagnasi intelektual. Tiba-tiba dia mengerjakan semua pekerjaan pembantu rumah tangga, dia melahirkan juga, melayani suami juga, memasak juga, mencuci juga, dan kadang-kadang kita terbawa oleh romantika perjuangan, rasanya jadi hero apabila melihat isteri mencuci, suami pulang dakwah dalam keadaan lelah, isteri dirumah mencuci, menyental lantai. Sepuluh tahun kemudian kita dielus-elus oleh isteri, kita fikir sedang dipicit, padahal hanya dielus- elus kerana tangannya dipakai untuk mencuci, jadi tangannya sudah bukan tangan ratu (kasar).

Sementara suami pegang ballpen, pegang kertas kerana sibuk mengisi halaqah, sedangkan pekerjaan yang kasar-kasar dikerjakan oleh isteri. Sudah saatnya pekerjaan- pekerjaan begitu kita delegasikan kepada mesin. Jangan buang waktu di dapur, di tempat mencuci. Delegasikan kepada mesin. Kita ini orang- orang pilihan dari umat kita. Berapa banyak orang yang sarjana di negeri ini, sedikit. Makanya kalau Capres (Calon Presiden) syaratnya S-1 (degree) calonnya juga nanti sedikit.

Saya tidak setuju kalau Capres itu syaratnya S1, tamat SD (Sek Rendah) pun bolehlah. Sebahagian besar orang ikut. Jadi yang boleh merasakan pendidikan tinggi itu barang elit di negeri ini. Jadi kalau akhwat kita yang sarjana itu setelah menikah disuruh jadi pembantu rumah tangga atas nama kesetiaan, ketaatan, cinta dan sejenisnya maka kita telah berbuat zalim terhadap SDM (Sumber Daya Manusia / Human Capital) kita sendiri. Mungkin akhwat kita itu sabar-sabar, dia menerima keadaan. Tetapi walaupun dia menerima keadaan, kita kehilangan potensi, kita kehilangan umur-umur terbaik. Sebenarnya kalau dipacu untuk dakwah, untuk kepentingan lebih besar, lebih strategis, faedah yang didapat pun akan jauh lebih besar. Waktu kita ini tidak akan cukup mengerjakan hal- hal tersebut, maka belilah waktu orang lain. Hitung- hitung kalau beli tenaga pembantu rumah kita buka lapangan kerja, kita bukan hanya mendelegasikan pekerjaan kita juga buka pekerjaan bagi orang lain.

Kira- kira itulah 5 alasan mengapa kita perlu kaya. Memang, walaupun kita miskin kita masih boleh bahagia, tapi itu jauh lebih susah. Bahkan terkadang kekayaan itu lebih mendekatkan orang kepada Allah SWT dibanding kemiskinan. Makanya Rasul mengatakan tentang minum susu, makan habbatussauda’, madu. Cuba kalau antum, misalnya, tidur diatas katil yang empuk dalam ruangan air-cond, tidur 2 jam itu boleh sangat nyenyak. Apalagi minum susu hangat sebelum tidur. Bangun pagi minum madu campur habbatussauda’. Saya kira kita perlu memperbaiki dan melihat kembali pemahaman keagamaan seperti ini secara benar. Sehingga kita jangan menganggap kemewahan itu jesteru melelahkan orang tapi membuatnya senang. Inilah 5 alasan mengapa kita harus kaya.

insyaAllah bersambung Bahagian 3

Advertisements
This entry was posted in MUTIARA DA'WAH, Ustaz Anis Matta. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s