Kami Adalah Manusia Yang Paling Ikhlas Demi Negaranya…

Salah jika ada yang menyangka bahawa Al-Ikhwan Al-Muslimun apatis terhadap masalah kenegaraan dan nasionalisme. Sebab, Al-Ikhwan Al-Muslimun adalah orang yang paling ikhlas berkorban bagi negaranya, berdedikasi total dalam melayani negara, dan menghormati siapa saja yang berjuang dengan ikhlas demi eksistensi negerinya. Cukuplah anda mengetahui nasionalisme yang dimiliki oleh Al-Ikhwan Al-Muslimun ketika mereka menyakini dengan seyakin-yakinnya bahawa mengabaikan sejengkal tanah milik seorang muslim adalah tindakan jenayah yang tidak akan terampuni, sampai mengembalikan lagi kemerdekaannya, atau binasa saat berjuang untuk mengembalikannya. Tidak ada keselamatan bagi orang yang mengabaikan tanah milik seorang muslim dari Allah kecuali dengan cara tersebut.

Salah besar jika ada yang menyangka bahawa Al-Ikhwan Al-Muslimun adalah para penyeri kemalasan. Sebab, pada setiap kesempatan, Al-Ikhwan Al-Muslimun selalu menyerukan bahawa muslim harus menjadi pelopor dalam segala sesuatu. Al-Ikhwan Al-Muslimun tidak rela hidup tanpa pemimpin, tanpa amal, tanpa jihad dan tanpa prestasi dalam segala hal; baik dalam ilmu, kekuatan, kesehatan mahupun kewangan. Keterbelakangan dalam suatu sisinya justeru akan membahayakan fikrah Al-Ikhwan Al-Muslimun dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Bersamaan dengan itu, Al-Ikhwan Al-Muslimun menyatakan benci pada watak materialisme yang ada pada manusia, yang menjadikan mereka hanya ingin hidup untuk diri sendiri, dan yang menjadikan mereka mencurahkan segala potensi, waktu, serta kesungguhannya demi kepentingan sendiri. Al-Ikhwan Al-Muslimun benci pada watak materialisme, kerana menjadikan setiap orang tidak mahu beramal untuk orang lain dan sama sekali tidak mahu memerhatikan urusan umat. Padahal, Nabi saw bersabda, “Barang siapa yang tidak memerhatikan urusan kaum muslimin maka dia bukan termasuk golongan mereka”.

Amer Syamakh

Advertisements
This entry was posted in Al-Ikhwan Al-Muslimun, MUTIARA DA'WAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s