Apa Yang Aku Pelajari Dari Ikhwanul Muslimin – “Kurniaan Allah Yang Sabar”

Anggota-anggota Ikhwanul Muslimin telah berkali-kali memasuki penjara Gamel Abdul Nasser. Mereka telah terpaksa meninggalkan anak-anak, isteri dan semua tanggungangan mereka tanpa pembela yang akan menanggung dan menolong mereka. Ramai anak mereka yang tersangkut dan terkandas dalam pelajaran serta terpaksa berhenti secara mengejut. Alangkah besarnya natijah yang didapatinya tatkala mereka menyerahkan semua itu kepada Allah. Mereka tidak menyusahkan diri mereka untuk memikirkan itu semua lantaran mereka percaya kepada Tuhan dan bertawakkal kepadanya. Mereka memandang bahawa Allah yang Maha Mulia itu adalah sebaik-baik pengganti yang akan melindungi keluarga dan anak-anak mereka.

Mereka rela hati menolak tawaran daripada pihak yang zalim, yang menawarkan pembebasan dari penjara dengan syarat mereka meninggalkan da’wah mereka. Kesemua mereka terus berpegang teguh dengan pendirian asal walau apa pun yang akan terjadi kemudian. Mereka mengutamakan apa yang ada pada Allah lebih daripada apa yang ada di tangan manusia. Sebagai hasilnya, Allah memelihara (sebagai pengganti mereka) isteri-isteri dan anak-anak mereka. Malah kebanyakkan anak-anak itu berjaya menyambung kembali persekolahan dan berjaya mendapat ijazah masing-masing dengan pencapaian yang cemerlang.

Pada hari ini kelihatan mereka daripada Al-Ikhwanul Muslimin mendapat rezeki yang murah, hidup yang senang, nama yang harum dan pangkat yang tinggi. Semua itu adalah kesan kesabaran mereka mengharungi tribulasi itu dengan hanya mengharap pahala daripada Allah.

Mereka memuji dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaannya dan cukuplah Allah menjadi pemimpin, penolong yang Maha Mengetahui.

Ini merupakan satu hakikat yang semuanya berasa dan tidak ada jalan untuk merubah menggantikan ataupun mengeluarkannya daripada hakikat yang telah di jadikan oleh Allah. Peristiwa yang menyakitkan memang menyiksakan pada waktu sedang mengalaminya. Namun lama kelamaan kesakitan itu berkurangan, dan kesannya akan hilang dengan perubahan masa dan keadaan. Apa yang penting ialah bencana itu tidak menyusahkan kami. Disinilah peranan iman yang sebenar. Barangsiapa beriman dan menerima hakikat bahawa Allah tidak menjalankan qada’ dan takdirnya denan sia-sia, tenteramlah hatinya dan yakinlah bahawa di sebalik sesuatu yang menyusahkan ada sesuatu yang hanya di ketahui oleh Allah dan mungkin mempunyai kebaikan yang banyak.

Di sinilah terletaknya hakikat bagaimana ‘kekerasan’ menjadi senang dan ringan kepada orang beriman. Mereka mengetahui bahawa di sana ada satu Tuhan yang memelihara, mempunyai sifat Ar-Rahman Ar-Rahim yang paling nyata. Lantaran kerana itu, walau bagaimanapun keras atau pahitnya sesuatu peristiwa itu, namun tidak dapat merubah keyakinan orang yang beriman. Akhirnya ia tidak gentar dan tidak cemas menghadapi sesuatu urusan dan peristiwa malah terus beriman dengan Allah dan percaya pada rahmat dan kudratnya. Mereka yakin terhadap kudrat Allah yang memutar siang dan malam serta membuat apa yang dikehendaki, disukai atau dipilihnya. Tidakkah anda melihat Allah berfirman di dalam kitanya.

“Dan langit digulung dengan tangan kanannya (Az-Zumar: 67)

Sesungguhnya tangan kanan yang dimaksudkan oleh ayat yang mulia ini ialah Allah yang berkuasa melihat langit dan bumi. Kuasanya (kudrat) membuat apa yang dikehendaki menurut kemahuanya tatkala Dia menghendaki. Dialah yang Maha Kuasa dengan sebenar-benarnya untuk melipat segala langit dan bumi dan menghapuskan langitu yang kita lihat itu. Dia jugalah yang Maha Kuasa merubah dan menghapus segala sesuatu, walaupun pada pandangan manusia sesuatu itu tidak boleh berubah atau tiada jalan untuk mengubahnya.

Al-Ikhwanul Muslimin telah belajar daripada Imam mereka Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Mereka telah membaca dan menggali daripada kitab Allah dan sunah Rasulnya dan memahami imu fiqh Islam (perundangan Islam) dan ilmu tauhid yang ikhlas dan sejati. Semua itu telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka sehingga apabila mereka membaca:- “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia” (Asy-Syura: 11)

Mereka semakin memahami maksudnya dengan nyata dan terang sebagaimana jelasnya fahaman ahli tauhid salafus salih yang ikhlas. Perkara ini hanya merupakan satu contoh penyerupaan segi bahasa bukan penyerupaan segi akal. Akal manusia jauh lebih lemah dan terlalu cetek untuk mengetahui hakikat dzat Allah yang Maha Tinggi. Mampukah makhluk ini menyelami dan mengetahui dzat Tuhannya walaupun hanya menggambarkannya dalam khayalan. Justeru itu Al-Ikhwanul Muslimin bertambah yakin dan mantap dengan pengertian hakikat kata-kata Umar al-Khattab r.a:

“Membahaskan tentang zat Allah adalah syirik dan sedikit pengetahuan mengenainya itulah ilmu”

Lantaran itu tenteramlah hati mereka, lalu darjat mereka meningkat kepada hakikat yang mengatakan:- “Allah mengetahui segala apa yang terlintas di fikiranmu”

Aku telah mempelajari ilmu ini daripada mereka. Kefahaman ini sudah menjadi darah dagingku walaupun sebahagian akal manusia tidak menerimanya. Sesungguhnya keimanan yang sebenarnya (al-iman al-hak) dan tauhid yang murni (at-tauhid al-khalis). Ditahap inilah muslim merayu kepada Allah supaya menghidupkan dan mematikan di atasnya serta menjadikannya sebagai hujjah pada hari perbicaraan yang terbesar.

Berdasarkan kefahaman ini, segala urusan itu tidak mudah bercelaru dan bercampur baur tanpa arah pada pandangan Al-Ikhwanul Muslimin. Mereka tidak masuk campur dalam perbahasan orang ramai yang berselisih pendapat mengenai kefahaman sifat Allah.

Salah seorang daripada orang-orang soleh telah membawa satu misal perbandingan tentang perbezaan pengertian sifat-sifat Allah, di antara satu sifat dengan satu sifat yang lain. Dia berkata:-

“Tiap-tiap biji gandum mempunyai hakikat sebagaimana hakikat yang ada pada biji gandum yang lainnya dankita juga mengetahui bahawa biji gandum ini (yang pertama) tidak sama malah bukan daripada biji gandum yang kedua, sekalipun kedua-duanya mengandungi hakikat-hakikat yang serupa”

Demikian juga nama-nama uluhiyah (ketuhanan), tiap-tiap nama mengandungi hakikat yang dikandung oleh nama yang satu lagi. Kita juga mengetahui dengan pasti bahawa nama ini (yang pertama) bukanlah nama itu (yang kedua). Demikianlah kefahaman ilmu Al-Ikhwanul Muslimin dan begitu juga kefahaman yang telah diajarkan kepada orang lain. Demikian juga aku mempelajarinya daripada mereka. Oleh kerana itu ilmu ini hanya di dapati daripada Al-Ikhwanul Muslimin, dan tidak didapatinya daripada orang lain. Kefahaman inilah yang menolong mereka, bukan sahaja terhadap bencana yang telah menimpa tetapi menolong mereka juga dalam meredhai segala qada’ yang dijalankan oleh Allah. Lantaran itu mereka tidak pernah menyimpan benci dan dengki kepada seseorang.

Sekiranya ilmu kemanusian yang satu itu bergantung kepada banyak maklumat, maka al-iradah yang satu itu bergantung kepada muradatnya (barang yang dikendaki), yang tidak terkira bilangannya. Al-qudrah yang satu bergantung kepada banyak muqtadirat (barang-barang yang dikuasai) sebagaimana yang dikatakan oleh orang yang soleh itu. Tidakkah di yakini, bahawa Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu sekali pun Allah mempunyai sifat-sifat yang lain dari sifat Kudrat?

Sesungguhnya Allah menyusun pada hamba-hambanya yang ramai itu beberapa sifat yang kadang-kadang berjalan seiring sebahagiannya dengan sebahagian yang lain untuk diketahuinya (padahal terlebih dahulu Dialah yang Maha Mengetahuinya) setakat manakah perginya tiap-tiap makhluk di dalam melaksanakan segala perintah dan larangannya, supaya hujah itu nyata kepada mereka daripada diri mereka sendiri.

Dalam diri manusia itu ada makrifat untuk mengenali kebenaran, ada padanya keterangan untuk mengenali petunjuk. Kedua-dua perkara ini saling bergandingan di dalam jiwa manusia. Selain itu manusia juga mempunyai akal untuk membezakan di antara beberapa perkara, sementara syahwat pula sentiasa cuba mengalahkannya secara membuta tuli.

Begitulah Al-Ikhwanul Muslimin menyedari bahawa diri mereka terletak di antara dua kekuatan yang perkasa: roh dan benda. Roh menariknya naik menuju hakikat yang paling tinggi dan benda itu menariknya turun ke taraf yang paling rendah, malah pertelingkahan di antara keduanya hebat, sengit dan tidak pernah tenang. Kedua-duanya adalah daripada Allah.

Firman Allah:- “Katakanlah, Semuanya (datang) dari sisi Allah” (An-Nisa’: 78)

Barangsiapa mendapat hidayah maka dia mendapat kebaikan dan barangsiapa yang sesat dia mendapat kejahatan.

Firman Allah:- “Kepada golongan masing-masing, baik golongan ini mahupun golongan itu, Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi, Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatannya dan lebih besar keutamaannya (Al-Isra’: 20 – 21)

Perkara ini juga aku telah pelajari daripada Al-Ikhwanul Muslimin kerana Allah telah membukakan pintu hikmahnya kepada mereka, sebagai ganjaran kepada Tauhid yang ikhlas, hati yang bersih dan kefahaman yang sahih.

Justeru itu aku menyedari bahawa mereka adalah manusia yang langsung tidak punya kepentingan diri atau sebarang kepentingan peribadi. Mereka berbuat baik kepada manusia tanpa mengharap sebarang balasan dan semua itu atas dasar taqwa dan membuat kebaktian selagi perbuatan itu mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada agama, ummat Islam dan manusia seluruhnya. Mereka tidak peduli apa yang dikata oleh orang lain dan mereka tidak memikirkan kebaikan untuk dirinya. Lantaran itu mereka mencintai mursyid mereka yang pertama Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dan yang kedua Hassan Al-Hudaibi, kerana Al-Ikhwanul Muslimin mendapati pada pemimpin-pemimpin itu ada yang mereka harapkan dan yang disukai.

Sesungguhnya mereka mencintai pemimpin-pemimpin yang lalu bukan kerana bentuk tubuhnya, tetapi kerana kewibawaan mereka. Para pemimpin itu telah membawa mereka kepada petunjuk, kebaikan dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, maka Allah telah menyuruh Saidina Muhammad saw supaya Baginda mengikuti petunjuk para nabi dan para Rasul as yang telah mendahului Baginda. Allah tidak menyuruh Muhammad saw mengikuti mereka mengenai jasad atau zat dan peribadi mereka. Lantaran itu Allah berfirman:- “Maka ikutilah petunjuk mereka” (Al-An’am: 90)

Dan tidak berfirman (“maka ikutilah mereka”). Begitulah kefahaman Al-Ikhwanul Muslimin. Sesungguhnya Allah sahajalah yang disembah, dimaksud, dituntut, diharapkan, itulah cita-cita yang terakhir dan tertinggi. Sesungguhnya semua manusia yang bermaksud dan Dialah sahaja yang dimaksud, tiada lain daripadanya. Sesungguhnya Dialah yang menjadikan segala sesuatu serta wujud, dan bagi kewujudan ini tidak ada yang lebih tinggi dan lebih gagah selainnya. Sesungguhnya untuk itulah mereka bersungguh-sungguh memelihara supaya ilmu mengenai Allah, mengatasi ilmu-ilmu lain yang mereka pelajari kerana Allah itulah yang paling agung dan lebih tinggi. Mereka memahami realiti ini lalu mereka mengambil dunia sebagai jambatan untuk dilalui menuju akhirat. Mereka melalui dunia itu tetapi tidak bertungkus lumus mengumpul harta dunia.

Slogan pertama mereka:- “Allah tujuan kami”.

Slogan ini aku dapati daripada meraka dan aku sentiasa memohon kepada Tuhanku semoga Dia menjadikan apa yang aku pelajari berguna kepadaku.

Almarhum Syeikh Umar al-Tilmissani
Mursyid Am Ikhwan ke-3

Advertisements
This entry was posted in MUTIARA DA'WAH, Syeikh Umar Tilmissani. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s