ILMU TAUHID – “Kedudukan Ilmu Tauhid Berbanding Ilmu Lain”

KEDUDUKAN ILMU TAUHID BERBANDING ILMU LAIN
Soalan: Dimanakah kedudukan ilmu Tauhid berbanding ilmu lain?
Jawapan: Kemuliaan sesuatu ilmu terletak pada kemuliaan topik yang diperbincangkan dan bidang perbahasannya. Jika ilmu perubatan dikira lebih mulia daripada ilmu pertukangan, ini kerana skop perbahasan ilmu pertukangan ialah berkaitan kayu kayan, sedangkan skop perbahasan ilmu perubatan ialah berkaitan tubuh badan manusia.

Kemuliaan ilmu Tauhid juga bergantung pada kemuliaan bidang perbahasannya. Kenapa tidak? Adakah perkara yang lebih mulia daripada Pencipta alam? Adakah terdapat manusia yang lebih suci daripada para rasul? Adakah ilmu yang lebih panting daripada ilmu mengenali Tuhan dan Pencipta manusia?

Begitu juga, adakah ilmu yang lebih penting daripada mengetahui hikmah kewujudan manusia di muka bumi dan tujuan Allah menciptanya, dan apakah yang menantinya selepas kematiannya? Kesemua ini adalah skop perbahasan dan tajuk perbincangan ilmu Tauhid. Ilmu Tauhid adalah asas bagi ilmu Islam dan ia adalah ilmu yang paling mulia dan paling penting berbanding berbagai ilmu lain secara keseluruhannya.

TAHAP KEWAJIPAN
Soalan: Adakah hukum mempelajari ilmu Tauhid fardu ain atau fardu kifayah?

Jawapan:
Mempelajari ilmu Tauhid adalah fardu ain bagi setiap orang Islam, lelaki dan perempuan. Mempelajarinya adalah wajib sehingga ia dapat memberi keteguhan hati dan ketenangan aqal bagi seseorang bahawa ia berada di atas agama yang benar. Manakala perbincangan yang lebih mendalam adalah fardu kifayah. Iaitu apabila sekumpulan orang Islam mempelajarinya, kefarduan tersebut tidak lagi dikenakan kepada orang Islam yang lain.
Firman Allah Taala:-
“Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuan dan keyakinan (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” (Muhammad: 19)

AL-QURAN AL-KARIM ADALAH KITAB TAUHID YANG PALING BESAR
Soalan: Adakah al-Quran prihatin terhadap ilmu ini?
Jawapan: Topik asas dalam al-Quran ialah ilmu Tauhid. Oleh itu, anda mendapati setiap helaian dalam kitab ini menyebut tentang seruan supaya beriman kepada Allah, rasul-Nya, Hari Akhirat, malaikat, kitab samawi yang terdahulu atau ketentuan Allah yang telah ditetapkan-Nya untuk perjalanan alam ini. Ayat al-Quran al-Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, iaitu dalam tempoh 13 tahun, hampir keseluruhannya berkisar mengenai ilmu Tauhid dan perkara yang berkaitan dengannya.

KEPRIHATINAN ORANG ISLAM
Soalan: Adakah orang Islam prihatin terhadap ilmu ini?
Jawapan:
Keprihatinan orang Islam terhadap ilmu ini berpunca daripada keprihatinan al-Quran terhadapnya. Oleh itu, tugas orang Islam yang terbesar adalah berdakwah ke jalan Allah dengan, berhikmah dan memberi peringatan yang baik. Iaitu dengan menggunakan dalil dan bukti yang dikemukakan oleh ilmu Tauhid untuk mengukuhkan akidah dan menyeru manusia supaya beriman dengannya. Keprihatinan orang Islam terhadap ilmu ini telah berterusan dalam satu tempoh masa yang lama.

KECUAIAN ORANG ISLAM TERHADAP ILMU TAUHID
Soalan: Apakah yang akan menimpa orang Islam apabila mereka mencuaikan ilmu Tauhid?

Jawapan: Apabila orang Islam lalai dan cuai dalam membina aqidah yang betul dengan mempelajari Tauhid yang berasaskan ilmu dan keyakinan, mulalah aqidah kebanyakkan mereka diserang dan dirosakkan. Seterusnya amalan mereka juga dirosakkan dan kefasadan berleluasa. Ini memudahkan musuh Islam menghapuskan mereka serta menjajah dan menghina mereka di tanah air mereka sendiri.

KESIMPULAN
Ilmu Tauhid membentangkan dalil-dalil aqli (akal) dan naqli ( al-Quran dan hadis) bagi membuktikan kesahihan dan kebenaran akidah Islam.

  1. Ilmu Tauhid membincangkan persoalan beriman kepada Al-lah, kitab-kitab, para rasul, malaikat, hari Akhirat dan qadar (takdir) balk dan jahat.
  2. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang termulia berbanding ilmu agama dan ilmu keduniaan yang lain. Ini kerana ia berkait dengan Allah Taala, Tuhan sekalian alam dan menceritakan tentang kebesaran Allah Taala, Pencipta alam.
  3. Mempelajari perkara asas (dharuri) dalam ilmu ini merupakan fardhu ain bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah Taala, para rasul, kitab-kitab, para malaikat, hari Kiamat serta kepada takdir sama ada baik atau buruk.
  4. Al-Quran mementingkan topik-topik dalam ilmu ini dan kebanyakan ayat al-Quran al-Makkiyyah yang diturunkan di Makkah memfokuskan ilmu ini dan perkara yang berkaitan dengannya.
  5. Orang Islam yang terdahulu amat prihatin terhadap ilmu ini, lalu mereka dimuliakan dan dijadikan pemimpin. Apabila mereka meminggirkan ilmu ini, rosaklah akidah mereka. Kerosakan ini merebak ke dalam akhlak dan tindakan mereka lalu orang Kafir menjajah tanah dan Negara mereka.

Syeikh Abdul Majid Azizi Az-Zindani
(Kitab Tauhid – Diperakui Oleh Fakta Sains)

Advertisements
This entry was posted in Bahan Halaqah Keluarga, HALAQAH KELUARGA, Kitab Tauhid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s