ILMU TAUHID – “Definisi Ilmu Tauhid”

FASAL 1:- ILMU TAUHID
DEFINISI ILMU TAUHID
Soalan: Apakah definisi ilmu Tauhid?
Jawapan:
Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam. Perbahasan tersebut bersumberkan dalil-dalil aqli (akal) dan naqli (al-Quran dan hadis) yang diyakini dan dapat menghapuskan segala keraguan. Ia juga adalah ilmu yang mendedahkan segala kebatilan orang kafir, keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan.

Dengan ilmu ini, jiwa seseorang akan menjadi tetap dan hatinya akan menjadi lapang serta tenang dengan keimanan. Ia dinamakan ilmu Tauhid kerana perbahasan utama dalam ilmu ini ialah untuk mentauhidkan Allah.
Firman Allah Taala:
“Maka adakah orang yang mengetahui bahawa al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna.” (ar-Ra’d: 19)
BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID
Soalan: Apakah bidang perbahasan ilmu Tauhid?
Jawapan:– Ilmu Tauhid membincangkan beberapa bidang;

  1. Keimanan kepada Allah, pengesaan-Nya serta pengikhlasan diri dalam ibadat serta menjauhkan diri daripada syirik.
  2. Keimanan kepada para rasul Allah yang membawa petunjuk Ilahi, sifat yang wajib bagi mereka seperti bercakap benar dan amanah, serta sifat yang mustahil bagi mereka seperti berdusta dan khianat. Ia juga membincangkan tentang mukjizat dan bukti kebenaran risalah mereka. Terutamanya mukjizat, keterangan dan bukti kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  3. Keimanan kepada semua kitab Allah yang telah diturunkan kepada para rasul-Nya. Allah menurunkannya sebagai petunjuk kepada seluruh hamba-Nya di muka bumi ini sejak dahulu, kini dan akan datang.
  4. Keimanan kepada para malaikat dan tugas mereka serta hubungan mereka dengan kita di dunia dan di akhirat.
  5. Keimanan kepada hari Akhirat dan balasan yang dijanjikan oleh Allah Taala pada hari tersebut kepada orang yang beriman dan orang kafir. Iaitu nikmat syurga dan azab neraka.
  6. Keimanan kepada takdir (qadar) yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Takdir inilah yang menentukan pergerakan semua benda yang wujud di alam ini. Firman Allah Taala;

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya” (al-Baqarah: 285)

Rasulullah saw, ditanya tentang Iman, Baginda saw bersabda:- “Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan beriman dengan ketentuan (qadar) baik dan buruk daripada-Nya.”

Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani
(Kitab Tauhid – Diperakui Oleh Fakta Sains)

Advertisements
This entry was posted in Bahan Halaqah Keluarga, HALAQAH KELUARGA, Kitab Tauhid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s