Ta’arif Islam – Ta’arif Kelima

Islam adalah jawapan kepada tiga persoalan yang sering menjadi pemikiran kepada manusia. Persoalan-persoalan ini mungkin timbul ketika kita menghantar mayat ke perkuburan atau sewaktu kita melihat perkuburan. Ketiga-tiga persoalan itu ialah seperti berikut:
i)    Dari mana kita datang?
ii)   Ke mana kita akan pergi?
iii)  Untuk apa kita dihidupkan?

Proses kejadian manusia telah diterangkan oleh Allah swt melalui firmanNya yang bermaksud:-

“Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina. Kemudian dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.” (as-Sajadah: 7 – 9)

Kita berdoa kepada Allah supaya di golongakan ke dalam golongan sedikit dan bersyukur akan nikmat Allah. Saiyadatina Aisyah pernah berkata kepada Rasulullah saw:-

“Engkau ya Rasulullah! Sebagai seorang yang diampuni dosa oleh Allah, engkau beribadah hingga bengkak kaki engkau”

Lantas di jawab oleh Rasulullah seperti berikut:-

“Tidakkah boleh aku menjadi hambaNya yang bersyukur kepada Allah.”

Untuk bersyukur atau berterima kasih dengan Allah tidaklah memadai dengan berkata Alhamdulillah tetapi kehidupan kita mestilah patuh dengan suruhan dan larangan Allah swt.

Firman Allah melalui surah Adz-Dzariyat ayat 56 memperjelaskan hakikat kenapa kita didatangkan:-

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat; 56)

Beribadat kepada Allah bererti mengabdikan diri secara total kepada Allah swt menerusi perkara-perkara berikut:-

  1. Mengenal Allah swt
  2. Kasih kepada Allah swt
  3. Patuh kepadaNya
  4. Ikut sistem Allah swt

Setiap tindak tanduk kita mestilah dalam batasan syarak dan untuk menjadi Muslim sebenarnya mestilah ada syarat-syarat yang dinyatakan. Dengan itu barulah kita akan beroleh kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Ibnu Qayyim ada menyatakan:-

“Orang yang paling bijak adalah orang yang mengutamakan kebahagiaan di akhirat dari kebahagiaan di sini, tetapi orang yang paling malang itu ialah orang yang mengutamakan kebahagiaan di sini dari di akhirat”.

Ke manakah kesudahan kita?
Islam mengemukakan jawaban terhadap soalan ini dengan mengatakan bahawa kita akan dikembalikan kepada ALlah. Untuk bertemu ALlah SWT dalam keadaan saling redha rneredhai maka kita perlu kepada bekalan Islam dan bekalan taqwa. Hakikat ini diterangkan melalui firman-firman Allah yang bermaksud:-

” Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (al-Baqarah: 197)

“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya.” (al-Insyiqaq: 6)

“Allah menciptakan (manusia) dari permulaan, Kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali; Kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.”
(ar-Rum: 11)

Ayat-ayat di atas menerangkan tentang kesudahan manusia, iaitu kembali kepada ALlah yang menciptanya, dihisab amalan hidupnya semasa di dunia, iaitu akan beroleh ganjaran syurga sekiranya diterima amalannya dan akan dimasukkan ke neraka sekiranya tertolak amalannya berdasarkan keengkaran dan maksiat yang dilakukannya.

Advertisements
This entry was posted in Bahan Halaqah Keluarga, HALAQAH KELUARGA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s