Jom Puasa!!!

InsyaAllah, dalam kurang dari 36 jam lagi, kita akan bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak… Bulan yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh setiap Mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah swt. Bulan yang penuh dengan segala kelebihan baik dari sudut pahala yang berganda juga dari aspek keberkatan dan juga peluang memperbaiki diri kita serta membersihkan dosa-dosa kita.

Sebagaimana kita maklum, manusia mempunyai 2 tugas utama; iaitu tugas sebagai abid (hamba) kepada Allah swt dan tugas sebagai khalifah Allah. Dalam rangka melaksanakan dua tugas utama yang berat ini, kita sentiasa memerlukan kepada sumber-sumber kekuatan yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dalam ibadah-ibadah khusus dan umum termasuk juga untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah swt untuk mengurus tadbir alam ini.

Oleh itu, Allah swt menghadiahkan kita dengan satu tempat institusi mendidik diri dari sudut rohani, jasmani, emosi dan aqli; yakni ‘Madrasah Ramadhan’ selama sebulan setiap tahun.


Puasa Yang Difahami.
Mungkin ada diantara kita telah mencecah umur 40 tahun pada kali ini. Atau ada juga yang telah melanjut kepada 50 atau 60 tahun. Jika ditolak umur kebiasaan baligh bagi kita (mungkin dalam 15 tahun), ini bermakna ada di antara kita yang telah menikmati Ramadhan selama lebih 30 tahun. Yakni 30 kali menikmati puasa Ramadhan, tarawih, lailatul-qadr, taubat, dan segala-galanya.

Kenapa Ramadhan?
Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185, Allah swt berfirman:-
“(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)…” (Al-Baqarah: 185)

Di dalam ayat ini, Allah swt menyatakan bahawa Ramadhan adalah bulan di turunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan penjelasan bagi petunjuk dan pembeda antara yang hak dan batil.

Jika setiap tahun pada 31 Ogos setiap tahun, kita sebagai rakyat Malaysia ‘bergembira’ malah diberikan cuti khusus diatas peristiwa penting ‘Kemerdekaan Negara’. Bukan sekadar itu, beberapa tahun lepas, diumumkan bahawa bulan Ogos setiap tahun adalah ‘Bulan Kemerdekaan’. Betapa gembiranya, ummat Malaysia diatas tarikh tersebut kerana merasakan ‘bebas’, ‘merdeka’ dan ‘bahagia’ kerana telah terbebas dari penjajahan luar. Kita bebas berdiri sendiri. Berdikari.
Bayangkan, itu baru peristiwa gembira kerana merdeka dari penjajah.

Tetapi, bagi Mukmin. Kita bukan sekadar ‘bebas’ dari penjajahan manusia tetapi kita sebenarnya BEBAS dari penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah swt sebagai Ilah (sembahan) yang sebenarnya. Bagaimana kita terbebas? Kita terbebas adalah kerana Allah swt menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada kita, ummat manusia. Menghayati kegembiraan besar ini, Allah swt menghadiahkan Ramadhan Al-Mubarak sebagai bulan kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah swt kerana di bulan inilah turunnya Al-Quran kepada kita dan menyembahkan kita menjadi makhluk yang kenal Allah swt.

Apa aktiviti Ramadhan?!
Tanda kegembiraan tersebut, Allah swt juga telah mewajibkan kita melaksanakan aktiviti puasa sebulan Ramadhan. Allah swt berfirman:-
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

Allah swt mewajibkan kita berpuasa sebulan Ramadhan adalah dalam rangka menghubungkan ummat Islam dengan ‘pesta ibadah’. Pesta meraikan turunnya Al-Quran dan pesta merasakan dekatnya kita dengan Allah swt dengan ibadah khusus kepadanya.

Hasil Puasa?!
Di dalam

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga, HALAQAH KELUARGA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s