IBUKU ADALAH SAHABATKU…

Kami tidak berbicara terkait sifat keibuan, kerana semua orang pasti telah mengetahuinya. Yang ingin di ketengahkan adalah kasih sayang yang mampu membangkitkan semangat dan kegigihan putra-putri terchenta. Kasih sayang yang akan menimbulkan kebangkitan. Kasih sayang yang aktif sehingga mampu memperbaiki keburukan ummat menuju kebaikan dunia akhirat.

Disini diceritakan:-
Suatu, hari, seorang pelajar sebuah sekolah menengah mengunjungi sebuah web Universiti Antarabangsa. Ia melihat pelbagai jurusan pengajian dan bermimpi untuk menjejakkan kaki ke sana. Ia berharap boleh menyumbang kepada ummat dan agamanya setelah tamat pengajian nanti.

Seorang puteri yang tegus pegangan agamanya. Impian tersebut sudah pasti memerlukan pembiayaan yang tinggi dan kelulusan yang luar biasa. Maka, ia belajar bersungguh-sungguh untuk meraih impiannya. Tetapi sayang, ketika menjalani ujian percubaan dia gagal. Dan impian gelap berada di depan mata.

Segera, si gadis menelefon ibunya dan menceritakan apa yang terjadi. Dia memberitahu ibunya bahawa mungkin sulit baginya untuk belajar di Universiti tersebut walaupun dia telah berusaha semaksima mungkin.

Sang ibu segera memintanya pulang. Anak itu pun pulang dan sang ibu telah menunggu di depan pintu rumah. Di bimbingnya sang puteri masuk ke kamar. Pada saat itu, mata sang ibu memancarkan sinar dan kegembiraan yang menakjubkan.

“Nak, kamu puteri ibu yang cerdas. Kamu punya potensi dan kamu telah berusaha keras. Kamu harus mengikuti ujian dan mampu menembus masuk ke situ. Kamu mampu lulus dan ibu akan menghadiri majlis konvokesyen kamu nanti. Ibu akan selalu berdoa hingga saat itu datang”, nasihat sang ibu.

Sang puteri cukup merasa senang, “Aku mempercayai ibuku dari sinar matanya”. kata si anak.

Seminggu kemudian, ketika salah seorang guruku melihatku sedang belajar. Dia memperkecilkan usaha aku. Dia berkata kepadaku, “Siapkan mentalmu juga, mungkin nanti engaku tidak lulus dalam ujian ini”.

Secara spontan saya berkata kepada guru tersebut. “Apakah anda tidak mendengar kata-kata ibuku?” Beliau berkata bahawa saya akan lulus dan saya mempercayai kata-kata beliau. Saya tidak mengatakan hal ini tanpa alasan, tetapi saya begitu merasakan kehadiran ibuku dan mempercayainya”

Kemudian dalam ujian sebenar ke Universiti tersebut, si gadis telah lulus dan diterima masuk. Dia belajar di situ hingga lulus. Pada hari konvokesyen berlangsung, ibunya hadir. Saat itu, si gadis melupakan semua yang ada kerana terkenang sorot mata sang ibu ketika memberi kata-kata semangat kepadanya.

Ketika ketemu dengannya, si gadis menghampiri sang ibu, merengkuhnya, dan dibisikkan di telinganya, “Aku menyayangimu Ibu. Engkaulah sebab kenikmatan yang saya perolehi ini”

*******************************************************************************

Inilah bayangan kami tentang seorang ibu yang mampu mendidik generasi baru yang akan memikul beban kebangkitan ummat.

Anda ibu yang bagaimana?!

Halaqah Keluarga
01.11.11

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s