Detik-Detik Hidupku (Bahagian 5)

Pencapaian Hasan Al-Banna.
Hasan Al-Banna yang dilahirkan daripada keluarga miskin di sebuah kampung sunyi bernama Mahmoodiyah, telah syahid di jalanraya terbesar di Kaherah. Pembunuhannya telah dirancang oleh pihak British, Yahudi dan kerajaan Mesir sendiri. Beliau hidup hanya selama 43 tahun. Al Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 1928 M. oleh Hasan Al Banna di mana dalam masa dua puluh tahun sahaja, beliau telah membawa pembaharuan kepada masyarakat Mesir yang sedang mengalami kemerosotan budaya, politik dan agama. Beliau telah mengembalikan masyarakat Mesir ke landasan Islam semula. Maka berkumandanglah cogan-cogan kata seperti: ‘Mencari keredhaan Allah ialah matlamat kami’, ‘Al-Quran ialah perlembagaan kam’, ‘Jihad ialah jalan kami’ dan ‘Syahid di jalan Allah ialah cita-cita kami’.

Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai Hasan Al-Banna, ‘Hassan Al Banna suka bersolah dan berpuasa semenjak kecil lagi. Kami selalu ke masjid untuk menunaikan solah Isya’. Selepas itu beliau menghadiri majlis Tariqat Hasafiyah.. Kami beribadat di situ agak lama juga. Ketika itu, tiada seorang pun orang luar di situ. Waktu malam di situ selalunya sunyi senyap. Yang kedengaran hanyalah suara orang beribadat.’

‘Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, ‘Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda­benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.’

Imam Hasan Al-Banna suka kepada orang-orang yang warak dan soleh. Semenjak kecil lagi beliau suka bergaul dengan mereka. Beliau pernah berkata, ‘Nikmat hidup yang sebenar boleh didapati melalui pergaulan dengan orang yang soleh. Merekalah raja, ketua dan bangsawan yang sebenar.’

Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang sangat pemurah. Amin Ismail seorang anggota Ikhwan telah menyebut sifat pemurah Hasan Al-Banna:
‘Suatu hari beliau membawa saya menemui seorang tukang jahit. Beliau telah menyerahkan jubahnya kepada tukang jahit tersebut untuk dijahit. Kami berjalan melalui sebuah lorong yang sempit dan gelap di kawasan Al Maghrabeen. Tukang jahit itu bangun dan menyerahkan jubah Hasan Al-Banna tanpa mengalu-alukan kedatangan kami. Dia terus meminta upah sebanyak tiga paun. Imam Hasan Al-Banna memberinya lima paun, mengambil jubah tadi dan bersedia untuk beredar dari situ. Terfikir saya hendak mengambil baki wang dua paun itu tetapi Hassan Al-Banna menahan saya. Sedarlah saya bahawa Imam Hasan Al-Banna tidak mahu saya mengambil baki wang: dua paun itu. Dalam perjalanan pulang, kami bertemu seorang pengemis, Imam Hasan Al-Banna menyuruh saya memberi satu riyal kepada pengemis tersebut. Baru saya tahu bahawa Imam Hasan Al-Banna ada wang sebanyak lima paun saja dan kesemua wang itu telah diberikan kepada tukang jahit tadi. Kini dia tidak berwang lagi. Imam Hasan Al-Banna bersifat pemurah sehingga ke akhir hayatnya.’

Seorang anggota Ikhwan terkenal, Bahi Al Khouli ada menyebut mengenai Hasan Al-Banna: ‘Dalam tahun 1932, beberapa tahun selepas tertubuhnya Al Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna telah ditawarkan satu jawatan tinggi oleh pihak kerajaan. Tawaran itu dibuat untuk memesongkan fikiran Hasan Al-Banna daripada usaha dakwah Islamiahnya. Hasan Al-Banna menolak tawaran itu secara kasar dan pegawai kerajaan yang mengemukakan tawaran tersebut berasa malu. Jika beliau menerima tawaran tersebut, anak-anaknya sudah tentu akan hidup mewah sehingga menimbulkan iri hati orang lain. Namun begitu, Imam Hasan Al-Banna tidak inginkan keuntungan duniawi.’

‘Pihak British juga menawarkan kepadanya beribu ribu paun ketika bermulanya Perang Dunia Kedua. Wakil British memberitahu Hasan Al-Banna bahawa pihak British bersedia memberi wang yang diperlukannya. Hasan Al-Banna menghalau wakil British tadi yang cuba membeli maruahnya. Akhirnya British membuat kesimpulan bahawa Hasan Al-Banna tidak dapat dipengaruhi emas atau perak.’

‘Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan. Imam Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut. Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan syarikat­syarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan cuba menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil berkata, ‘Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.’ Beliau menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang perdagangan dan perniagaan.’

Pihak musuh telah melemparkan berbagai tuduhan terhadap Imam Hasan Al­Banna. Di antara tuduhan tuduhan tersebut ialah:

  1. Dia adalah seorang pengintip upahan dan perasuah;
  2. Dia menerima bantuan asing berjumlah beribu-ribu paun;
  3. Dia memiliki banyak kereta dan saham di dalam banyak syarikat­syarikat.’

Begitu hebat sekali tuduhan mereka. Tetapi apabila beliau mati dibunuh oleh musuh-musuhnya, beliau miskin sekali sehingga beliau tidak mampu memiliki sebuah rumah pun di Kaherah. Beliau menyewa sebuah rumah dengan membayar 1 paun 80 Qursh sebulan. Ketika beliau syahid, anak-anaknya tidak mempunyai sumber pendapatan langsung.’ (Al Imam-us-Syahid)

Mufti Besar Palestin, Haji Amin Al Hussaini memberi pandangannya:
‘Saya menemui Imam Hasan Al-Banna buat pertama kalinya pada tahun 1946, ketika saya kembali ke Mesir dari Eropah. Saya berbual dengannya dan dapati beliau seorang manusia yang berhati bersih. Hubungan kami pun semakin erat. Beliau memiliki sifat dan akhlak yang mulia. Di samping itu, beliau juga seorang yang lemah lembut, bijaksana dan berazam kuat. Kesemua ciri-ciri peribadi ini berakar umbi di dalam dirinya lantaran kuat imannya terhadap Allah. Beliau juga seorang juga sangat tabah dan mampu berkorban. Nilai-nilai peribadi yang unggul ini menjadikannya seorang pemimpin Islam yang terkenal dan diminati. Saya pernah menziarahinya dan mendapati rumahnya sangat sederhana sekali.’

‘Saya pernah bertemu Hasan Al-Banna dalam satu majlis. Majlis itu dianjurkan oleh bekas Setiausaha Negara, Abdur-Rahman Azzam untuk meraikan Muhammad Ali Jinnah. Muhammad Ali Jinnah diiringi oleh Nawabzada Liaquat Ali Khan. Saya dan Hasan Al-Banna merupakan orang yang pertama sampai ke majlis. Kami berbual dengan para pernimpin Pakistan agak lama juga. Kemudian para jemputan lain pun tiba seorang demi seorang. Saya lihat Hasan Al-Banna mempelawakan tempat duduknya kepada setiap tetamu yang baru tiba dan beliau beredar ke belakang. Hal ini berterusan sehingga akhirnya beliau mendapat tempat duduk yang berdekatan dengan pintu masuk dewan makan. Apabila semua tetamu sudah tiba, Abdur-Rahman Azzam menjemput mereka masuk ke dewan makan, Imam Hasan Al-Banna yang duduk di hujung sekali berada berdekatan dengan dewan makan. Saya terus mernerhatikan dan sedarlah saya bahawa beliau adalah seorang yang berperibadi mulia. Beliau juga mempunyai kepandaian luar biasa dalam menyelesaikan masalah-masalah sukar. Setiap kali saya terkenangkannya, saya akan menyuarakan kata-kata berikut: ‘Alangkah baiknya jika masa dapat menghasilkan orang yang seperti itu sekali lagi. Tetapi masa terbukti terlalu kedekut untuk berbuat demikian.’

Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai peribadi Imam Hasan Al-Banna seperti berikut:
‘Jika mesyuarat diadakan di atas tanah, Hasan Al-Banna akan duduk di atas guni. Hasan Al-Banna suka duduk di kerusi belakang. Wajahnya selalu kelihatan riang dan berseri-seri. Biasanya beliau memakai jubah dan kepalanya berserban. Beliau menggunakan bahasa yang mudah dan fasih ketika berbual dengan orang lain. ketika berbincang, beliau kerap menyebut ayat-ayat Al-Quran. Beliau telah menghafal seluruh Al-Quran dengan baik sekali dan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu.’

Bahi al Khouli menulis mengenai Hasan Al-Banna seperti berikut: ‘Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan dengan penuh kemuliaan. Beliau berpuas hati dengan makanan yang didapatinya dan juga pakaian yang mampu dimilikinya. Rumahnya kecil dan tidak mencukupi untuk menampung keluarganya yang ramai itu. Corak hidupnya sederhana sekali. Beliau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan harta pesaka yang banyak untuk isteri dan anak-anaknya. Beliau menyampaikan risalah Allah kepada orang ramai dan hal ini menyejukkan matanya dan menyenangkan hatinya.’

‘Imam klassan Al-Banna adalah seorang yang berfikiran luas. Beliau mengajak manusia mencintai Allah dan melakukan kebaikan. Satu hari, beliau telah melawat ke kawasan hulu Mesir. Sekumpulan paderi Kristian dan para pengikut mereka telah datang menemui Hasan Al-Banna. Ketika berbual, Hasan Al-Banna telah menyebut ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh Nabi Isa (a.s.) dan Siti Mariam (a.s.). Mula-mula beliau mernbaca ayat-ayat tersebut, kemudian barulah mentafsirkannya. Orang-orang Kristian itu menyangka pertemuan tersebut diatur khas untuk mereka kerana tidak disentuh langsung masalah orang-orang Islam. Mereka begitu tertarik sekali dengan Imam Hasan Al-Banna kerana beliau tidak menunjukkan sikap prasangka atau sikap buruk terhadap mereka seperti kebanyakan ulamak Islam yang lain.’

Imam Hasan Al-Banna sangat baik dan sayang kepada rakan-rakan sepejabatnya Amin Ismail, salah seorang sahabatnya telah berkata, ‘Beliau selalu rnenyemak kerja-kerja saya di pejabat dan membetulkan sebarang kesilapan yang ada. Ketika beliau membetulkan kesilapan saya, saya tidak berasa diri saya telah melakukan kesilapan. Ketika itu saya berasa segala kata-katanya adalah betul. Apabila beliau mengambilkan surat-surat yang telah disemak dan diperbetulkannya, beliau pun berkata dengan penuh kasih sayang, ‘Awak boleh menyemak pembetulan yang saya lakukan. Awak juga bolch menambah atau memotong yang mana awak suka. Saya bersumpah bahawa saya tidak suka menambah atau memotong sesuatu.’

Beliau selalu menziarahi rumah saya setiap kali saya mendapat cahaya mata. Beliau merawat saya ketika saya jatuh sakit. Ketika saya berada di dalam kesusahan beliau mententeramkan saya walaupun saya hanya seorang kerani biasa di pejabat. Beliau adalah seorang yang sangat sibuk dan hanya tidur beberapa jam sahaja pada waktu malam. Beliau makan dua kali sehari dan makanannya pun sedikit sahaja.

Ketika membuat lawatan, beliau mengucapkan salam kepada setiap anggota rombongan sambil bertanya khabar anak-anak mereka dengan menyebut nama-nama mereka dan mengenai pelajaran anak-anak mereka. Bahkan saya telah melihat beliau bertanya khabar keadaan binatang-binatang yang mereka miliki. Daya ingatannya sangat kuat hingga mampu mengingati butir-butir yang terperinci.’

‘Saya sangat sayang pada Imam Hasan Al-Banna. Saya pernah mengadu kepadanya, ‘Ya sayyidi, Allah belum memaafkan saya dan tidak sukakan saya. Buktinya ialah saya telah berusaha menghafal satu muka surat kitab suci Al-Quran sepanjang malam tetapi gagal. Ini bermakna saya masih tidak diberkati Allah.’ Melihat keadaan saya yang sedih itu, Imam Hasan Al-Banna menepuk belakang saya sambil menyapu air mata saya yang sedang mengafir itu, lalu berkata, ‘Apabila seorang manusia menangis kerana Allah, maka Allah sentiasa bersedia untuk memaafkannya. Saidina Umar Al-Khattab (r.a.) sendiri tidak dapat menghafal seluruh Al-Quran.’ Saya puas hati dengan jawapannya itu.’

‘Beliau pernah menjemput saya ke rumahnya. Sebaik sahaja beliau nampak saya, beliau terus memegang tangan saya sambil berkata. ‘Mari kita memperbaharui bai’ah (sumpah setia kita.)’ Saya pun meletakkan tangan saya atas tangan Imam Hasan Al-Banna dan kami pun memperbaharui sumpah setia kepada Allah dan Rasul­Nya. Selepas itu beliau berkata, ‘Saya melantik awak menjadi anggota Majlis Tertinggi.’

‘Imam Hasan Al-Banna telah mengetuai tunjuk perasaan mengenai masalah Palestin yang dianjurkan olch Ikhwan di Kaherah. Ketika kami tiba di ‘Al Mutabatul Khizra’, pihak polis pun menyerang para penunjuk perasaan. Imam Hasan Al-Banna tampil ke hadapan dan meminta polis jangan melepaskan tembakan. Namun begitu, pihak polis terus melepaskan tembakan dan Hasan Al-Banna mengangkat tangannya. Kedua dua tangannya itu cedera parah kena tembakan. Beliau menenteramkan kami dengan mengatakan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan tapi kami sedar bahawa kedua tangannya telah cedera kena peluru.’

‘Imam Hasan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai Al-Quran pada setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik, seperti berikut; ‘Adakah bercinta itu halal atau haram?’

Hasan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab, .Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.’

‘Imam Hasan Al-Banna sangat kasih kepada para anggota bawahan Ikhwan. Orang lain pulang ke rumah untuk makan tengahari tetapi beliau makan dengan orang bawahannya.’

Kata Abdur-Rahman Al-Banna; Imam Hasan Al-Banna sangat gigih berdakwah. Kami menghadiri ceramah ceramahnya. Kami begitu tertarik dengan kegigihan dan kesungguhannya sehingga kan kami lupa kepada dunia. Beliau pernah berkata, “Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah (s.a.w.) datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah (s.a.w.). Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah (s.a.w.), patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘Baginda Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

‘Setiap kali Imam Hasan Al-Banna melakukan lawatan kerana kerja dakwahnya, beliau tinggal di masjid. Kerap kali beliau melakukan lawatan tersebut pada bulan Ramadhan. Beliau tinggal di masjid dan juga berpuasa di situ. Beliau berbuka puasa dengan buah tamar dan air. Apabila orang datang ke masjid untuk bersolah, mereka melihat ada orang baru di situ. Imam Hasan Al-Banna pun menyampaikan ceramahnya selepas saja bersolah. Tidak lama kemudian, barulah orang sedar bahawa penceramah tersebut adalah Imam Hasan Al-Banna.’

‘Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Ismailiah, beliau dapati para penduduk di situ terlibat di dalam pertikaian agama. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bernama ‘Salafi’ dan yang satu lagi ialah ‘Soofi’. Ketika bersolah, anggota salah satu kumpulan tidak mahu berimamkan anggota daripada kumpulan yang satu lagi. Dalam suasana beginilah Imam Hasan Al-Banna memulakan tugas dakwah Islamiahnya. Tempat beliau memulakan tugas dakwahnya bukanlah di masjid tetapi di kedai-kedai kopi. Dasar dasar dakwahnya ialah:

  1. Perpaduan ummah mesti dikekalkan;
  2. Kesernua kumpulan perlu sepakat di dalam perkara-perkara dasar Islam;
  3. Kata-kata Imam Syafi’e yang ini perlu menjadi dasar: ‘Setiap kali saya bertikai dengan seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah menjelaskan kebenaran melalui lidah lawan saya itu’;
  4. Tujukan segala saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala kesilapan kepada diri sendiri;
  5. Orang lain perlu dihormati ketika berlaku perbezaan pendapat;
  6. Sebarang perbalahan perlu dielakkan;
  7. Perlulah diingat bahawa usaha yang baik itu boleh berbeza-beza (caranya);
  8. Sebarang persefahaman harus menghasilkan kerjasama. Dalam sebarang perselisihan, kita hendaklah menganggap pihak yang satu lagi itu berkemungkinan melakukan kesilapan;
  9. Perlu bersatu ketika menentang musuh bersama;
  10. Ruang lingkup tindakan perlu diperluaskan;
  11. Perlu ada rasa kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah dia dikecam dan disindir.’

Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah melimpahkan berkat kasih-Nya kepada Hasan Al-Banna. Beliau telah menunjukkan arah perjuangannya kepada para sahabatnya semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Al Ikhwanul Muslimin masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang hebat. Berikut ialah kenyataannya ketika itu, yang ditujukan kepada para sahabatnya:

‘Wahai anggota Ikhwan, ramai daripada kamu semua masih belum menyedari sepenuhnya perjuangan Al Ikhwan. Ketika tiba hari kamu menyedari dan memahami perjuangannya, maka kamu akan menghadapi banyak penentangan dan permusuhan. Kamu dapati diri kamu diselubungi oleh kesukaran dan kesusahan. Perjalanan kamu akan dirintangi oleh banyak halangan. Apabila kamu berjaya mengatasi halangan­halangan ini barulah kamu akan menjadi pembawa panji-panji Islam yang sebenar. Hari ini kamu tidak dikenali, tetapi kamu akan merintis jalan perjuangan Ikhwan. Perjuangan ini memerlukan banyak pergorbanan. Oleh itu, kita haruslah bersedia. Kejahilan orang terhadap Islam juga merupakan halangan perjalanan kamu. Para ulamak rasmi akan menunjukkan rasa terkejut apabila melihat cara kamu berdakwah. Jihad yang kamu lancarkan atas nama Allah tidak akan dihargai. Para pemerintah, pemimpin dan golongan kaya akan berasa iri hati terhadap kamu. Kerajaan akan menentang kamu dan akan berusaha menyekat segala kegiatan kamu serta melempar onak dan duri di sepanjang perjalanan perjuangan kamu. Pihak yang berkepentingan akan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menggagalkan perjuangan kamu. Pihak yang lemah dan pengecut akan menggunakan kerajaan untuk tujuan tersebut. Orang-orang yang berakhlak buruk akan sentiasa menentang kamu. Ada pula golongan yang meragui perjuangan kamu lalu melemparkan berbagai tuduhan. Mereka akan memberi gambaran yang salah terhadap perjuangan kamu dan di samping itu, mereka juga memiliki kuasa, kekayaan dan pengaruh. Dalam keadaan beginilah kamu dikira benar-benar telah memasuki gelanggang pengalaman dan ujian. Kamu akan dipenjarakan, dibuang dan dihalau dari rumah kediaman. Harta kamu akan dirampas, rumah kamu digeledah dan tempoh ujian ini mungkin memakan masa yang lama. Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa Dia akan membantu para Mujahidin dan memberi ganjaran kepada para mukmin.’  (Risaail Imam Al-Banna)

insyaAllah bersambung…

Advertisements
This entry was posted in Detik-Detik Hidupku, MUTIARA DA'WAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s