Liqa’ Kami – “Empat Kalimat Di Dalam Al-Quran”

Alhamdulillah,.. Syukur kepada Allah swt kerana di dalam Halaqah Keluarga baru-baru ini, kami mula membahaskan tulisan Almarhum Syeikh Abu ‘Ala Maududi rahimahullah terkait ‘Empat Kalimat di Dalam Al-Quran’.

Empat istilah yang dimaksudkan adalah istilah pokok di dalam al-Quran dan merupakan titik tolak dan tujuan penting manusia diciptakan.

Empat istilah tersebut adalah, ‘al-Ilah’, ‘ar-Rabb’, ‘al-Ibadah’ dan ‘ad-Din’. Ya, istilah-istilah yang biasa kita dengar dan selalu digunapakai dalam kehidupan, samada dalam percakapan atau tulisan kita sehari-hari.

Sebagai seorang Mukmin yang beriman dengan Allah swt dan seluruh aspek keimanan yang telah ditetapkan-Nya, pasti kita memahami bahawa titik tolak atau dasar serta tujuan al-Quran yang utama terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:-

  1. Bahawasanya Allah swt, adalah Ilah satu-satunya, yakni Tuhan yang Maha Esa,
  2. Bahawasanya Allah swt, adalah satu-satunya Rabbul alamin, yakni, Pemilik dan Penguasa utama seluruh semesta dan segenap penghuninya. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.
  3. Bahawasanya, tiada yang menjadi sekutu Allah, baik dalam Uluhiyyah, mahupun Rububiyyah (Dalam Ketuhanan mahupun KekuasaanNya) itu.
  4. Bahawasanya, tidak ada Ilah (Tuhan) mahupun Rabb (Penguasa) selain Dia (Allah swt).

InsyaAllah, dengan kefahaman yang tertancap kukuh di dalam diri seseorang pastilah dia akan selalu memihak kepada Allah swt sebagai Tuhan. Tunduk dan patuh padaNya sebagai Rabb, Pemilik dan Penguasa utama. Pasti juga dia menjunjung tinggi tiang agama Allah swt, iaitu norma-norma alamiah dan insaniah yang merupakan ketentuan-ketentuan Allah swt yang sejak dahulu berlaku di alam ini, baik di bumi mahupun di udara, laut atau di langit.

PERBINCANGAN KAMI
Oleh itu, dalam pertemuan kami pada kali ini, Allah izin – kami sama-sama cuba memahami makna-makna tersirat ini dengan lebih terperinci lagi. Tulisan Almarhum Syeikh Abu ‘Ala Maududi yang merupakan antara ulama muktabar menjadi pilihan kami untuk dibedahkan.

Memandangkan, liqa’ kami di buat sebelum masuk waktu maghrib yang semakin lewat munculnya (summer time), ditambah dengan topik yang terlalu berat, maka yang sempat di bahas dan dibincangkan hanya berkisar kepada istilah yang pertama sahaja yakni al-Ilah, itu pun sempat 2 mukasurat sahaja… :).
Diawal perbincangan, seronok juga melihat telatah Si Ummi yang agak ‘reluctant’ untuk menerima pandangan Almarhum Syeikh Abu ‘Ala Maududi kerana disifatkannya terlalu complex untuk difahami.
Dan seperti biasa, Si Ummi akan mengeluarkan hujah-hujah bernasnya dengan penuh konfident. Dan seperti biasa juga.. hehehe.. :), Si Abi dengan izin Allah swt dapat mematahkan setiap hujah tersebut dan berdiri teguh di belakang Almarhum Syeikh Abu ‘Ala Maududi dalam setiap butir pandangan beliau. Dan seperti biasa, Ummi akur dan ‘excited’ berlebih pula setelah memahaminya…. itulah kami dalam dunia Halaqah Keluarga yang masih kecil ini…

Si kecil kami?! Alhamdulillah. Beliau turut mendengar sambil menguis-uis mainan di depan mata, duduk di dalam pangkulan Umminya tersayang… Walaupun mungkin belum lagi memahami butiran perbincangan kami, tetapi telah mula belajar mendengar. Ya. Mendengar bagi si kecil adalah suatu yang besar sebenarnya.. Mudah-mudahan insyaAllah, jika telah besar nanti, memori yang tersimpan ketika usia bayi dapat dikeluarkan dan difahami serta di amalkan ketika usia meningkat dewasa… insyaAllah. 🙂

KEKELIRUAN SELAMA INI
Jika hanya sekali baca dan diteliti, kita seakan keliru dan tidak dapat menangkap makna sebenar yang ingin di sampai dalam perbahasan ini. Ini adalah kerana, kata al-Ilah jika ditranslate secara direct seperti yang kita diajarkan, ianya bermakna Tuhan yakni Allah swt. Ya. Itu yang kita fahami dan secara umum dan tidak menjadi masalah besar buat kita. Cuma, apabila di teliti dengan lebih mendalam, rupa-rupanya, memahami al-Ilah adalah Allah swt semata-mata adalah tidak mencukupi. Tidak cukup hanya menyembah Allah sebagai al-ilah dalam penyembahan khusus, sedangkan, makna al-Ilah itu merangkumi makna yang pelbagai serta mendalam hinggakan ia tidak dapat lari dari mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari.

al-Ilah dari segi bahasa (Arab) di definisikan sebagai berikut:-
a) (alahtu ila fulan) – aku cenderung kepada fulan.
b) (Alihar-rajulu – ya’lahu) – orang itu mengharapkan seseorang yang mampu menolongnya, kerana di timpa oleh suatu musibah.
c) (Alihar-rajulu ilar-rajuli) – orang ini mencari seseorang itu, kerana sangat rindu kepadanya.
d) (Alihal fashilu) – anak kuda (atau sebagainya) tidak mahu berpisah daripada induknya.
e) (Alaha, Ilahatan, Uluhatan) – mengabdi – Pengabdian.
f) (Ilah) – adalah pecahan dan kata (Laha – Yalihu – Laihan)  – berlindung – lindungan.

Nah! dari sudut bahasa sahaja, makna al-Ilah dapat dipecahkan kepada 6 makna yang berlainan dan memberi makna tersendiri.

Oleh sebab itu, tidak cukup dengan hanya merasakan telah menyembah al-Ilah dengan melakukan ibadah khusus sahaja seperti solat, puasa, zakat, haji dan tidak menyembah berhala TETAPI kita juga perlu untuk meletakkan fokus kita kepada al-Ilah pada setiap masa, merindui al-Ilah, meminta perlindungan denganNya, membina rasa tidak mahu berpisah dengan al-Ilah, mengharapkan pertolongan al-Ilah dan sebagainya.

Benarlah, ketika dalam muqadimmah perbahasan ini, Almarhum Syeikh Abu ‘Ala Maududi, menyatakan bahawa kecuaian dalam memahami, atau kesalahfahaman dalam mengerti istilah-istilah ini dengan tepat mengikut acuan al-Quran menyebabkan kecelaruan dalam fikrah (kefahaman) ummat Islam hari ini.

CONTOH KECELARUAN FIKRAH
Apabila al-Quran melarang mempertuhankan selain Allah, maka yang ditinggalkan hanyalah patung-patung berhala. Dengan demikian, yakinlah mereka telah mentaati larangan al-Quran itu. Padahal, mereka masih mempertuhankan lain-lainnya dalam konteks menyakini rezeki, mengharap, meminta dan sebagainya – yang mereka tidak buat hanyalah menyembah patung-patung berhala.

Apabila al-Quran memperingatkan bahawa Allah adalah ar-Rabb, disambut oleh mereka bahawa tidak pernah terlintas di benak mereka untuk menganggap siapa pun sebagai pemelihara dan penjamin keinginan mereka selain Allah swt. Dengan demikian menurut kefahaman, mereka telah memenuhi tuntutan tauhid itu. Akan tetapi, banyak lagi antara mereka yang tunduk pada Rububiyah (Ketuhanan) yang lain apabila di tinjau dari sudut yang lain daripada erti Pengasuh, Pemelihara dan Penjamin.

Apabila diseru oleh al-Quran, “Sembahlah Allah dan tinggalkanlah taghut itu”, maka mereka menyatakan, kami tidak menyembah berhala, dan mengutuk si syaitan. Yang kami sembah hanyalah Alalh dengan khusu’. Dengan demikian, mereka yakin telah melaksanakan seruan al-Quran tadi. Padahal mereka masih bergantung diri dan nasib pada banyak taghut yang tidak berbentuk batu atau kayu seperti berjumpa bomoh dan perdukunan, meramal nasib, mempercayai khurafat dan sebagainya.

Inilah beberapa contoh kecelaruan fikrah dalam tubuh badan ummat pada hari ini. Kecelaruan inilah yang membawa kita jauh dari mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan sehari-hari. Kita mungkin beranggapan kita telah memahaminya dengan betul dan mempraktikkan sesuatu yang betul, tetapi dari sudut ilmu yang shahih, kita tersasar rupanya… Tersasar inilah yang perlu sama-sama kita perbaiki dari hari ke hari supaya diri kita dan ummat ini dapat berjalan betul di atas landasan Islam yang sebenar.

Setelah membincangkan topik ini (2 m/s pertama), ada kemungkinan kita (mungkin) akan berhadapan dengan sedikit kesukaran untuk memahami dan menghadamkan message yang ingin di sampai dan diperbetulkan oleh Almarhum Syeikh Abu ‘Ala Maududi ini, tetapi insyaAllah dengan mengulang-ulang serta membahaskannya bersama ahli Halaqah Keluarga kita, kekusutan di awalnya akan terurai di akhirnya, dan insyaAllah kita akan lebih memahami serta nampak di mana kesilapan kita selama ini dalam mengenal al-Ilah, ar-Rabb, al-Ibadah dan ad-Din.

Liqa’ (pertemuan) kami hanya sempat membahaskan 2 mukasurat pertama sahaja dan akan bersambung pada minggu akan datang… insyaAllah.

Wallahu’alam.

Halaqah Keluarga
15.06.12

Advertisements
This entry was posted in HALAQAH KELUARGA, Liqa' Kami. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s