Sebab Anak Nakal! (Bahagian 2)

insyaAllah, kita bersambung dalam perbicaraan terkait Sebab Anak Nakal!.. 🙂 afwan diatas kelewatan sambungan pembicaraan terhadap topik ini..

Sebagaimana diskusi terkait tajuk ini di Bahagian 1, antara sebab kenakalan anak-anak berpunca daripada 1) Hubungan tidak harmoni antara ibubapa, 2) Buruk perilaku ibubapa terhadap anak-anak, dan 3) Pengabaian pendidikan terhadap anak-anak oleh ibubapa…

insyaAllah dalam Bahagian 2 pada kali ini, kami akan menyambung perbincangan terkait faktor yang seterusnya yakni, PERCERAIAN antara ibubapa.

BENAR, perceraian sesebuah perkahwinan adalah sesuatu yang paling digeruni oleh sesiapa pun yang berumahtangga. Walaupun, dari sudut syarak perceraian bukanlah sesuatu yang haram atau mengaibkan tetapi, ianya bukanlah sesuatu yang kita inginkan.

Antara masalah kefahaman orang Melayu adalah terlalu mengambil kira ‘kata-kata masyarakat‘ terhadap sesebuah proses perceraian yang berlaku. Ianya memberi kesan psikologi negatif dalam budaya Melayu hingga menyebabkan kesan perceraian yang tidak terurus memberi kesan negatif yang besar terhadap perkembangan anak-anak yang terhasil dari perkahwinan tersebut.

KESAN PENCERAIAN.
Jika ditakdirkan berlaku sebuah perceraian dalam sesebuah perkahwinan, salah urus terkait perpisahan ini memberi kesan langsung kepada anak-anak yang lahir dari perkahwinan tersebut…

antara kesannya adalah,
a) tiada bimbingan dari ibu atau bapa terhadap perkembangan anak-anak.
Kesibukkan ‘merebut’ siapa yang bakal mendapat hak menjaga anak-anak dan ‘sikap menyalahkan’ antara satu sama lain.. dan ia mungkin berlanjutan dalam tempoh yang lama.. selalu kita lihat, anak-anak terabai dalam kasih sayang dan pendidikan mereka. Emosi sang ibu yang terganggu di tambah ego sang bapa dalam hal-hal perceraian memberi impaks kepada anak-anak yang berkesudahan ‘tiada siapa pedulikan kami’ atau ‘anda bermasalah, kami yang tersiksa’.

b) wujudnya kesan ekonomi kepada keluarga. Apabila berpisah, maka lahirlah sikap ‘ungkit-mengungkit‘ antara sang isteri terhadap sang suami atau sebaliknya. Sang suami telah mula cuai atau melupakan tanggungjawab ekonomi terhadap bekas isteri dan anak-anak. Sang isteri yang mungkin selama ini menjadi suri rumah sepenuh masa, terpaksa mula mengintai peluang-peluang kerja bagi menyara keluarga. Jika, telah mula bekerja, kesibukan dalam bekerja menyebabkan masa terluang bersama anak-anak makin menipis… anak-anak mula terabai.. 😦

c) anak-anak mendapat ‘ibu’ atau ‘bapa’ ganti yang baru. Bagi pasangan yang bercerai, ada kemungkinan selepas idah, masing-masing bertemu dengan pasangan yang baru. InsyaAllah, tidak ada masalah dari sudut syarak… ianya dibenarkan. Cuma, jika tidak diperhalui terkait emosi anak-anak, mereka akan terkesan dari sudut emosi untuk menerima ‘ibu’ atau ‘ayah’ baru dalam hidup mereka yang mungkin masih tidak berpaut di hati mereka. Keadaan akan lebih parah jika, si ‘ibu’ baru atau si ‘ayah’ baru, lebih mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan anak-anak tiri mereka. ‘Anak-anak tiri’ dianggap ‘pengacau’ hidup baru mereka yang ingin bahagia bersama pasangan baru.
Kesannya?! Anak-anak akan menjauh dengan ibu atau bapa mereka dari sudut emosi dan membawa kesan kepada kelakuan mereka. Anak-anak akan mula ‘buat perangai’ demi meraih perhatian tetapi selalunya berakhir dengan salah faham si ibu atau bapa yang memarahi anak-anak dan dilihat seolah-olah tidak lagi ‘sayang’ kepada mereka. Inilah punca, sesuatu yang bakal merosakkan anak-anak kesan dari perceraian.

BAGAIMANA ISLAM MELIHAT HAL INI?!
Disebabkan itu, Islam telah menetapkan beberapa kaedah untuk mengelak dan menyelesaikan kesan-kesan besar terkait perceraian ini.

Sebab itu, dari sudut agama;
Isteri wajib menaati suami dengan cara ma’ruf. Ini memungkinkan perjalanan sebuah keluarga dapat berjalan dengan lebih baik dipandu oleh seorang nahkoda sahaja. Selalu terjadi perceraian disebabkan, sang isteri tidak menaati suami lebih-lebih lagi jika sang isteri lebih hebat dari sudut strata ekonominya.
Islam melarang sang isteri menolak ajakan isteri apabila ingin digaulinya. Ianya satu larangan besar dalam Islam dan rangka memastikan kerukunan rumahtangga terpelihara. Allah swt yang menetapkan hal ini, pasti Maha Bijaksana dalam urusan makhluk ciptaan-Nya.
Suami wajib memberi nafkah kepada anak-anak dan isterinya. Suami telah mendapat ketaatan dari isteri dan hak-haknya, maka sang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mereka. Timbal balik sebegini, menggambarkan keadilan Islam yang sebenarnya dan dapat memastikan kerukunan rumahtangga.
Suami bermusyawarah bersama isteri dan anak-anak dalam membuat keputusan tertentu. Ini juga merupakan ajaran Islam yang mengikat kasih sayang dalam sesebuah keluarga walaupun sang suami adalah pengerusi dalam sebuah rumahtangga.
Suami dilarang mengintai-intai kekurangan sang isteri. Setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan. Rumahtangga di bina bukan untuk membesarkan/memperbesarkan kekurangan tetapi kepada konsep saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, bagi si suami ianya adalah dilarang untuk mengintai-intai dan mencari-cari kelemahan si isteri. Kaedah ini, dapat mengurangkan masalah ‘salah menyalahkan’ antara satu sama lain.
Suami di kehendaki menggauli isteri dengan cara makruf, lemah-lembut dan gurau senda. Rumahtangga yang tiada senda-gurau adalah rumahtangga yang kaku dan statik. Ianya mati. Maka, bagi si suami menghidupkan rumahtangga dengan senda-gurau adalah ajaran agama dan dapat mengurangkan ‘stress’ bagi si isteri dan anak-anak. Rumahtangga yang penuh senda-gurau dan harmoni sebegini dapat menjauhkan risiko perceraian.
Suami wajar terlibat dalam urusan kerja rumah. Si suami tidak boleh melepaskan urusan seharian rumahtangga kepada si isteri semata-mata. Penglibatan dan bantuan dari si suami adalah termasuk dalam ajaran Islam dan sunnah Nabi saw. Ianya dapat merapatkan hubungan serta tidak membebankan si isteri dengan hal-hal yang menjadi kewajipan bersama.

JIKA TIMBUL MASALAH DALAM RUMAHTANGGA?!
Islam sebagai Ad-Deen Al-Hayah (Petunjuk dalam kehidupan) memberi kaedah khusus dalam menguruskan sebarang permasalahan yang timbul dalam hubungan rumahtangga.

Tabie seorang manusia tidak mungkin terlepas dari salah dan silap, maka dalam hal terkait hubungan kekeluargaan, maka antara solusi jika timbul masalah dalam hubungan kekeluargaan adalah seperti berikut:-
Saling memberi peringatan dan petunjuk. Jika terlanjur melakukan kesalahan, maka setiap isi rumah wajib saling mengingatkan dan memperbetulkan antara satu sama lain. Teguran hikmah yang bertujuan mengubah kepada yang lebih baik adalah anjuran Islam. Ia dapat memastikan bahawa kesalah itu tidak berulang dan kelemahan dapat di perkuatkan.
Jika masih melakukan kesalahan? antara didikan suami adalah dengan mengasingkan tempat tidur bersama isteri. Ianya merupakan ‘pengajaran’ / ‘didikan’ yang melibatkan perasaan si isteri dan kesan dari kaedah ini amat besar pengaruhnya kepada si isteri. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada isteri dan mencuti emosinya.
Memukul tanpa melukai. Si suami sebagai ketua keluarga, di beri hak untuk memukul isteri jika kaedah pertama dan kedua tidak berkesan. Tujuan memukul adalah untuk memberi pengajaran dan bukan bertujuan melukai dan menyakiti.
Jika masih buntu, maka dibenarkan penglibatan pihak ketiga, yakni wakil dari si suami dan wakil dari si isteri. Perbincangan pihak ketiga lebih kepada memastikan, message dari kedua-dua pihak dapat difahami dan bersifat neutral dalam mencari penyelesaian. Mungkin, message yang ingin disampaikan sebelum ini tidak kesampaian disebabkan halangan emosi, maka penglibatan pihak ketiga ‘mungkin’ bersih dari gangguan emosi tersebut.
Jika masih belum selesai. Maka, talak satu dibenarkan untuk memisahkan hubungan antara suami dan isteri. Talak yang masih diberi ruang idah kepada pasangan untuk rujuk kembali dan berdamai. Tujuannya, untuk kedua-dua pasangan muhasabah diri dan merasai keperluan untuk kembali bersama dalam sebuah keluarga.

INDAHNYA ISLAM!
Jika diteliti kepada Islam dan kaedahnya.. pasti yang terpacul adalah ‘Indahnya Islam’!!! Ya. Benar. Inilah antara keindahan Islam yang penuh dengan akhlak dan adap dalam menyelesaikan sesebuah permasalah yang timbul, lebih-lebih lagi yang melibatkan sesebuah binaan keluarga…

Kita fahami bahawa kesan perceraian adalah amat ‘buruk’ kepada emosi dan mental anak-anak hasil sebuah perkahwinan. Ibubapa yang bercerai boleh mencari pasangan yang baru, tetapi anak-anak yang terpisah dari ibu atau bapa merasai bahang hilang kasih-sayang dan perhatian dan meletakkan mereka dalam risiko ‘kenakalan’ dan kerosakkan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita sentiasa berdoa semoga Allah swt meneguhkan institusi keluarga yang telah terbina dan menjauhi anak-anak dari ‘nakal’ disebabkan kelemahan kita dalam mengurus tadbir keluarga kita..

Wallahu’alam

Halaqah Keluarga
13.06.2012

Advertisements
This entry was posted in TARBIYATUL AULAD. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s