“Didikan Si Abang, Kecerdikan Si Adik”

Allah izin petang semalam seperti rutin biasa mingguan, saya mencuri masa untuk ‘mengajar’ Al-Quran untuk anak-anak sebuah keluarga melayu yang menetap hampir 18 tahun di bumi UK ini. 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan remaja bersama seorang anak kecil perempuan berumur 6 tahun. Jujur. Al-Quran bukan bidang dan kemahiran saya tetapi memandangkan hubungan kami yang rapat dan kesukaran mendapat guru mengaji melayu yang mahir, maka saya memberanikan diri mencuba dengan serba kekurangan yang ada. Rutin kami selalunya bermula pada jam 5 atau 6 pm dan berakhir 1 atau 2 jam selepas itu. Alhamdulillah, proses pembelajaran yang bukan bermanfaat untuk anak-anak tetapi untuk diri saya sendiri sebenarnya.

Ok. Bukan cerita ngaji yang nak saya kongsikan.. tetapi satu insiden ringkas terkait pendidikan anak-anak yang dicontohkan kepada saya oleh mereka.

Ceritanya begini
Allah izin, Selasa baru-baru ni, selepas membaca al-Quran, kami solat maghrib berjamaah bersama-sama. Kebiasaannya, kami solat bertiga sahaja dan si kecil akan melihat atau melakukan aktiviti biasa anak-anak. Main games, melukis atau menonton TV. Nama pun, anak kecilkan?! Ntah mcmana, dengan izin Allah tergerak hati untuk mengajaknya solat bersama. Dan si kecil bersetuju dengan senang hati. Lantas saya meminta si abang yang sulong untuk membawa si kecil ke bilik air untuk berwudhu. Selepas itu, si kecil terlalu excited kerana telah berwudhu dan sentiasa bertanyakan abangnya untuk mengingati, apakah steps wudu’ yang perlu dilakukan. Tanpa jemu, si abang sentiasa mengulanginya. Kemudian, kami solat bersama-sama. Alhamdulillah.

Didikan Si Abang, Kecerdikan Si adik
Semalam (Khamis), rutin mingguan Quran kami bermula lagi. Seperti biasa, kami akan solat bersama. Setelah semua bersedia dengan wudu’ masing-masing, sekali lagi si kecil di ajak solat bersama. Dia dengan pantas bergegas naik ke bilik air di tingkat atas dan tidak berapa lama turun setelah selesai berwudhu’ dengan senang hati. Ish, satu yang agak pelik bagi saya, sebab terlalu cepat di hafalnya cara berwudhu. Tanpa melengah masa, saya mengambil giliran mengambil wudhu’ di bilik air yang sama. Terpana dibuatnya. Kagum melihat ada lukisan ringkas hasil tangan si kecil yang tidak menggunakan sebarang tulisan hanya lakaran gambar-gambar anggota badan (lihat gambar diatas). Saya memahami. Inilah lakaran yang menyebabkan si kecil tahu berwudhu tanpa di tanya kepada sesiapa lagi.

Setelah usai solat, mulut ringan bertanya. “mmmm.. Ad** (nama si abang), sape yang lukis cara wudhu dalam toilet tu?”. “Oooo, Al***. Dia yang lukis”. katanya selamba.
“Your mum, yang suruh ke?”. saya bertanya lagi… sambil gelak kecil, dia menjawab. “No.. it’s me.. lagi mudah untuk Al**** ingat cara wudhu” jawabnya selamba. “MasyaAllah!” hati saya berbunga. 🙂

Hal kecil tapi besar.
Tanpa mereka sedari, saya telah belajar satu hal yang kecil tetapi mempunyai impaks yang besar. Bagaimana, si abang yang pandai mendidik adiknya, dan si adik yang kreatif menterjemahkan ilmunya. Inilah sebenarnya yang kita impikan dalam sebuah keluarga Muslim Cemerlang. Proses mendidik yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga, ayah, ibu, abang, kakak dan anak-anak kecil. Proses yang berterusan.

Sebab itu dalam sebuah proses pendidikan, target kita bukan anak-anak takut kepada kita tetapi mereka seronok dengan ilmu yang mereka ada. Bukan nak didik anak takut kepada kita dan mereka solat, tetapi yang nak dididik adalah mereka takut kepada Allah dan solat. Sedari awal dengan anak-anak kecil, amat penting untuk kita manfaatkan potensi diri, hobi dan bakat yang mereka ada. Anak-anak suka melukis dan menconteng bukan? Jadikan bahan lukisan dan contengan mereka adalah ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu berguna. Tukar lukisan doreamon dengan lukisan peta Palestine, karakter kartun Salehuddin misalnya. Tukar dengan content yang membina fikrah dan jiwa mereka. InsyaAllah, inilah makna sebenar kehidupan kita. Membuat hal yang sama tetapi nilai yang berbeza. Yakni nilai Islam yang mulia.

Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.

Halaqah Keluarga. 29.03.2012

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s