Fiqih Islam Wa Adillatuhu (Thaharah)

Masa Suci Minima
Jumhur ulama selain ulama Hambali[1] berpendapat bahawa masa suci paling minima – yang memisahkan antara dua haid – adalah lima belas hari. Kerana, dalam setiap bulan pasti ada haid dan suci. Jika masa maksima haid adalah lima belas hari, maka masa minima suci pun demikian, iaitu lima belas hari. Tidak ada batasan masa maksima bagi haid, kerana ia dapat berterusan selama setahun ataupun dua tahun. Kadang-kadang seorang wanita tidak pernah didatangi haid sama sekali dan kadang-kadang didatangi sekali saja dalam masa setahun.

Menurut ulama madzhab Hambali[2], masa suci antara dua haid sekurang-kurangnya adalah tiga belas hari. Hal ini berdasarkan riwayat Imam Ahmad dari sahabat Ali r.a bahawa seorang wanita yang telah dicerai suaminya datang menemui sahabat Ali dan mengaku bahawa dia didatangi haid dalam satu bulan sebanyak tiga kali. Lalu, Ali berkata kepada Qadhi Syuraih, “Putuskan fatwa berkenaan dengan kesnya”. Maka, Qadhi Syuraih pun berkata, “Jika dia dapat mendatangkan saksi dari kalangan keluarganya yang dapat dipercayai dari segi agama dan amanahnya, maka hendaklah wanita tersebut membawa saksi. Tetapi jika tidak, maka dia adalah pendusta.” Lalu Ali mengatakan kata qalun, iaitu bahawa Romawi yang ertinya ‘bagus’. Kata sahabat Ali ini menunjukkkan persetujuannya terhadap keputusan Qadhi Syuraih. Inilah qaul shahabi (perkataan sahabat) yang masyhur dan ternyata tidak ada orang yang menentangnya. Adanya tiga haid dalam satu bulan menjadi bukti bahawa tiga belas hari dapat diyakini sebagai masa suci yang sebenarnya[3].

Menurut kesepakatan seluruh ahli fiqih, tidak ada batasan maksima untuk masa suci. Maksud masa suci ialah masa bersihnya seorang wanita dari darah haid dan nifas. Suci itu ada dua tanda, iaitu darah menjadi kering dan air putih lembut yang keluar pada akhir haid (al-qussah al-baidha)[4].

[1] Fathul Qadir, Jilid I, hlm. 121; Muraqi al-Falah, hlm. 24; asy-Syarhush Shaghir, Jilid I, hlm. 209; Bidayatul Mujtahid, Jilid I, hlm. 48; Mughnil Muhtaj, Jilid I, hlm. 109; Hasyiah alBajuri, Jilid I, hlm. 116; al-Muhadzdzab, Jilid I, hlm. 39.

[2] Kasysyaful Qina’, Jilid I, hlm. 234

[3] Hal ini berdasarkan bahawa masa minimal haid ialah sehari semalam dan haid wanita ini adalah masa yang paling singkat.

[4] Bidayatul Mujtahid, Jilid I, hlm. 52; al-Qawanin al-Fiqhiyyah, hlm. 41

Advertisements
This entry was posted in FIQIH ISLAM, Thaharah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s