“Rumah adalah Kementerian Pendidikan”

Tentu pelik dengan tajuk diatas bukan?! Ialah apa kaitan pula rumah dan kementerian pendidikan? Apa barang, nak jadikan rumah macam kementerian yang penuh dengan tanggungjawab yang menggunung, sibuk dengan pelbagai tugas, ramai dengan pekerja pelbagai jawatan. Tapi, inilah yang ingin kami kongsikan dengan anda.

Majoriti dari kita yang telah berkeluarga sudah pasti by default sentiasa mengharapkan anak-anak yang lahir dari rahim kita dididik oleh Kementerian Pendidikan sejak dari masuk darjah 1 hinggalah tamat pengajian menengah dan jika ada rezeki lebih, insyaAllah mereka ke menara gading. Ianya tidak salah total.

Tetapi, berapa ramai dari kita yang benar-benar faham bahawa skop yang dicover oleh Kementerian berwajib ini hanya sebahagian sahaja dari keperluan anak-anak kita?! Benar. Di sekolah, ada pendidikan formal tentang bagaimana anak-anak akan mengeja, membaca, mengira, bermain dan bersosial tetapi pernahkah kita terfikir bahawa mereka mempunyai potensi diri yang lebih jauh dari itu yang boleh mereka raih?! Ah…. lupakan dulu bab mendapat bilangan A’s dalam pelajaran. Bukan itu maksud kami,.. tetapi potensi untuk menjadi pemimpin dunia hari ini (maksima) atau menjadi warga dunia yang baik dan bermanfaat untuk agamanya (minima).

Bagi kami, perancangan pendidikan anak-anak yang paling utama adalah di rumah kita sendiri. Sang bapa perlu berperanan sebagai Menteri Pendidikan bagi anak-anak, manakala sang ibu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. Sebagai Menteri yang berwajib mengurus pendidikan, sang bapa perlu dari awal lagi menyediakan blue print bagaimana outcome yang seharusnya di miliki oleh anak-anaknya sejak dari kelahiran hari pertama. Sang bapa harus melakarkan, fasa-fasa pendidikan yang wajib dilalui oleh anak-anaknya dan apakah yang akan dicapai (outcome). Bagi sang ibu, dia berperanan sebagai orang yang sama-sama melaksanakan dan membantu proses pencapaian tersebut termasuk membuat anggaran kos terhadap proses yang akan dilaksanakan.. hehehe, meminta budget dari Menteri Pendidikan.

Perancangan
Sebagai contoh, disediakan perancangan 7 tahun pertama bagi seorang anak. Apa yang anak-anak kita akan capai pada ketika umurnya 7 tahun? bukan hanya sekadar tahu ABCDE, membaca atau 12345, mengira tetapi komponen-komponen lain yang wajib mereka tahu dan boleh laksanakan. Di hari sambutan kelahiran anak yang ke-7, disamping kek harijadi yang menarik, rakan-rakan yang ramai berkunjung, kita keluarkan daftar semak (checklist) untuk muhasabah bersama.

Daftar semak yang memerlukan kita menanda, adakah dia (anak) tahu siapa Penciptanya? adakah dia tahu sejarah awal Rasulnya? tahu kitabnya (al-Quran) dan fasih membacanya dengan tajwid yang betul? tersirami akhlak asas yang baik? tahu makna ibadah dan melaksanakannya? tahu dan hafal hadith-hadith tertentu? telah ringan tulang membantu ibu di dapur? atau ayah di kebun? menghormati orang tua? dapat membezakan antara yang betul dan salah? Bukan sekadar tahu dan laksanakan. Tetapi, termasuk juga, apa kelemahan yang perlu di perbaiki? Apa masalah kesihatan misalnya? Kurang aktif bersosial contohnya? Dan kelemahan ini dibawa bersama kepada perancangan 7 tahun kedua yakni sehingga anak ini meningkat umur 14 tahun. Dan seterusnya.

Dari mana checklist ini hendak didapatkan? Nah!,.. sebenarnya checklist ini adalah checklist awal yang telah dirangka bersama oleh si bapa dan si ibu sejak tahun pertama kelahiran lagi. Disediakan, apakah yang anak-anak perlu tahu, fahami, kuasai dan laksanakan apabila umurnya mencecah 7 tahun. Diperincikan lagi, apa yang perlu di kuasai di setiap tahun bermula di umur 1 tahun, umur 2 tahun, dan seterusnya. Disetiap sambutan kelahiran, senarai semak ini di keluarkan dan dilihat pencapaian dan hasilnya bersama menikmati kek harijadi dan hiruk-pikuk sambutannya. Inilah sebenarnya perananan rumah sebagai Kementerian Pendidikan.

Sibuk
Ala, secara ideal bolehlah sembang? bolehlah tulis bagai? bolehlah nak rangka itu ini? Tapi, kita mana ada masa. Pagi-pagi dah nak pergi kerja. Petang balik penat. Malam dah nak rehat. Itupun, sempat jugaklah tengok kerja sekolah anak-anak. Kalau yang duduk dengan pengasuh, kira serah kat depa ajelah… Itupun pendidikan jugak.

Wallahu’alam. Mungkin sibuk akan dimangsakan oleh kita apabila melihat kepada banyaknya tugas yang perlu kita lakukan. Iyelah, nak pastikan anak-anak mencapai target outcome yang kita sediakan bukannya mudah. Pitam juga di buatnya. 😦

Baik. Kami memahami kesibukan anda dan kami juga. 🙂 . Tetapi, sedarkah kita bahawa dalam merealisasikan agenda pendidikan negara, Kerajaan atau Menteri terbabit bukanlah orang yang turun ke kelas-kelas, mengambil kapur dan mengajar secara lansung di dalam kelas. Tetapi, digajikan para guru untuk melakukan tugas-tugas berkaitan (out source).

Jadi. Bagi institusi keluarga, kita juga boleh melakukan hal yang sama. Sebagai contoh, antara target outcome apabila anak kita mencapai umur 7 tahun, si anak akan pandai seni beladiri, Aikido misalnya. Maka, dalam proses tersebut, kita mencari tempat yang boleh melatihnya. Kita pantau pencapaiannya. Jika, kita inginkan anak-anak pandai berenang di awal usia lagi (ikut sunnah Nabi saw). Dicari swimming pool yang soleh, diagendakan rutin mingguan atau bulanan. Dipantau pencapaiannya. Jika ada target outcome, ketika umur 7 tahun anak-anak hafal Al-Quran 5 juzu’ misalnya. Maka, dicari guru hafalan untuk mengajar anak kita. Dipantau pencapaiannya, dan sekali sekala kita tasmid bacaannya. Ini bermakna tidak semua aktiviti/program perlu dilakukan oleh kita tetapi sebagai ibubapa kita adalah pemilik sebenar kepada blue print bagaimana anak-anak ini terbentuk. Yang paling utama adalah ia terbentuk dari acuan ibubapa yang berlandaskan kehendak agama dan bukan budaya sekeliling yang mencorakkan mereka.

Adakah kita telah terlambat?
insyaAllah bagi ibubapa yang telah mempunyai anak-anak yang makin remaja dan mula dewasa. Anda belum terlambat. Masih sempat untuk duduk sebentar, muhasabah dan menilai pencapai semasa anak-anak anda. Akui segala kekurangan, dan lakarkan agenda pemenuhan ciri-ciri yang diidamkan oleh anda berlandaskan Islam. Doa dan laksanakan sebaik mungkin. Jika anak telah mula dewasa, bawa mereka duduk bersama merancang, bagaimana rupa dan bentuk yang diinginkan di tahun-tahun mendatang, termasuk boleh juga dibincangkan, umur berapa untuk mula berkeluarga? ehem3.. . InsyaAllah ianya bermanfaat dan masih belum terlambat.

Sedarilah, rumah sebenarnya berperanan lebih besar dari Kementerian Pendidikan, jika kita memahaminya..

Wallahu’alam.

Halaqah Keluarga. 27 Mac 2012

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s