Sebab Anak Nakal! (Bahagian 1)

Sebab Anak Nakal! (Bahagian 1)
Antara cabaran besar dalam kehidupan seharian adalah terkait mengurus dan mendidik manusia. Baik sebagai ibubapa atau sebagai ketua bagi manusia. Masakan tidak, manusia ada hati, aqal, jasad dan perasaan. Kurang pujian, hati merajuk. Kurang pendidikan, fikiran tumpul. Kurang keimanan, celaru kehidupan.
Bukan hanya itu. Manusia ada nafsu dan ada nilai ketaatan. Ada yang mendorong ke arah kebaikan, tidak kurang juga ada tarikan kerosakan dan keburukan. Jujur. Inilah yang memeningkan kita apabila berbicara terkait ‘mengurus manusia’.

Asas.
Sebelum pergi lebih jauh lagi, asas utama dalam pendidikan adalah ‘bagaimana kita melihat mereka dalam kehidupan kita?”. Jika kita melihat anak kita adalah anak kita semata-mata yang amat disayangi, di sini ‘bermulalah’ kesilapan yang pertama. Ini kerana anak wajib di lihat sebagai ‘amanah’ yang bernilai besar, juga berisiko besar. Nilai besar untuk membawa kita ke syurga Allah swt dan risiko besar kerana boleh mengheret kita dengan mudah ke neraka Allah swt..
Antara punca yang boleh memberi risiko besar kepada kita adalah apabila anak-anak kita nakal dan mengumpul dosa dalam setiap tindakan mereka.

Nakal.
Kata ‘nakal’ amat sinonim dengan anak-anak kecil. Ketika kecil ianya adalah proses biasa tumbesaran. Melompat, memanjat, menggigit, menyepahkan, dan seangkatan dengannya bagi anak kecil adalah ‘nakal’ yang dimaafkan. Bukan nakal ini yang hendak diperbincangkan.

Tetapi ‘nakal’ yang dimaksudkan adalah perangai yang ada unsur ‘kejahatan’, ‘terbiar’, ‘tidak hormati orang lain’, ‘terlibat jenayah’, ‘mencuri’, ‘tidak solat’, dan sebagainya.

Inilah masalah anak-anak nakal yang perlu kita perhalusi bersama.

Faktor.
Prof Dr Abdullah Naseh Ulwan dalam kitabnya Tarbiyatul Aulad, menggariskan beberapa faktor penyebab kenakalan pada anak-anak. Antaranya adalah;-

1) Hubungan ibubapa yang ‘tidak harmoni’.
Rumahtangga yang terbina seharusnya berfungsi sebagai tempat berteduh, perlindung dan penyemai rasa kasih dan sayang kerana Allah swt. Ia wajar berfungsi sebagai ‘taman’ yang tenang dan membahagiakan, baik bagi suami-isteri atau ibu-bapa dan anak-anak. Rumah juga ibarat kapal yang berlayar menuju destinasinya, dan sudah pasti nahkoda ‘bahtera rumahtangga’ wajib mempunyai hubungan yang ‘harmoni’ dengan anak-anak kapalnya (isteri dan anak-anak). Jika berlaku ‘ketidakharmonian’ antara bapa dan ibu atau suami dan isteri, anak kapal (anak-anak) merupakan mangsa keadaan yang paling malang sekali. Anak-anak akan lari dari rumah, suka menghabiskan masa di luar rumah dan ini adalah indikator ‘stress’ tersembunyi. Di luar rumah, mereka ‘berisiko’ mendekat dengan orang yang jahat atau kawan-kawan yang nakal.

Sebab itulah, kerukunan rumahtangga di payungi nilai Islam amat di pentingkan oleh Islam. Ketua rumahtangga mestilah seorang yang bertanggungjawab dan tahu peranan sebenar mereka serta tidak putus mendalami ilmu menguruskan keluarga supaya keharmonian rumahtangga dapat dikekalkan dan manfaat sebenar dapat dirasai oleh isi rumahtangga terbabit. Jika tidak, anak-anak akan lebih suka keluar rumah dan menjadi nakal dengan kawan-kawan yang merosakkan.

2) Perilaku buruk ibubapa
Ibubapa yang berperilaku buruk dalam sesebuah rumahtangga adalah antara penyumbang kepada kenakalan anak-anak menurut kesepakatan ahli pendidik.
Jika anak-anak di perlakukan dengan kejam, dididik dengan pukulan yang keras, cemuhan yang pedas, ada penghinaan dan ejekan, maka yang timbul dari proses tersebut adalah reaksi negatif dalam perilaku anak-anak mereka. Anak-anak terbina dengan rasa takut, cemas, rendah diri dan lebih teruk lagi boleh membawa mereka berani melakukan jenayah-jenayah kejam. Tidak terkejut, anak yang lahir dari proses pendidikan songsang ini, akan menjadi penjahat dalam masyarakat dan menjadi ahli masyarakat yang tidak bermoral. Jika tidak percaya, kajilah latarbelakang penjenayah-penjenayah dalam dalam sesebuah Negara, pasti yang kita temui, mereka adalah produk keluarga yang porak peranda.

Sebab itulah, Islam telah memerintahkan ibubapa untuk mendidik mereka dengan lemah-lembut, memiliki akhlak yang luhur, berkasih-sayang dan saling-hormat menghormati antara satu sama lain. Proses ini perlu berterusan, supaya anak yang tumbuh, istiqamah dengan Islam, terdidik untuk berani dan berdikari, merasa ada harga diri, kehormatan dan kemuliaan. Jika berlaku zalim kepada anak-anak, ibubapa dikira telah melakukan dosa di sisi Allah swt.

3) Pengabaian Terhadap Pendidikan Anak-Anak
Selain 2 faktor di atas, faktor pengabaian terhadap pendidik anak-anak boleh juga menyumbang kepada ‘kenakalan’ mereka. Pengabaian yang berlaku dari sudut rohani, aqli dan jasadi mereka. Tiada perancangan dan aturan bagaimana mereka harus di didik supaya teguh kerohanian dan keimanan, cerdas aqal fikiran dan sihat tubuh badan. Mereka dibiarkan sahaja mengikut arus dalam masyarakat dan jika mereka melakukan kesalahan atau tidak taat dalam perintah agama, maka berlakulah sikap saling menyalahkan antara satu sama lain.

insyaAllah ada beberapa lagi faktor-faktor yang menyumbang kenakalan anak-anak yang kami kongsikan bersama anda..

mudah-mudahan tiga faktor pertama ini dapat membantu kita untuk menjauhinya supaya anak-anak terbina dengan baik dan bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat nanti, insyaAllah.

Wassalam.

Advertisements
This entry was posted in TARBIYATUL AULAD. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s