Faqih Seorang Muslim

Allah izin, sebelum memulakan tugas saya pada hari ini, sempat mendengar slot Radio Islamik di negara kita. Saluran bersadur ilmu yang sarat, penting tetapi santai. Kedengaran bagaimana promosi program-program kecemerlangan pendidikan untuk anak-anak mula mengambil tempat. Satu perkembangan yang baik walaupun saya ada pendapat yang tersendiri.

Antara yang menarik perhatian saya adalah apabila penceramah motivasi anak-anak ini mengatakan bahawa ‘Anak-anak takut untuk berkata mereka mampu mendapat 100% dalam peperiksaan”, “Jadi inilah yang kita nak bina anak-anak, supaya mereka rasa bahawa Muslim terbaik boleh dapat 100%”, “Allah ciptakan kita sebaik-baik kejadian, kenapa kita tidak boleh?”..  (lebih kurang itulah kata-kata yang diungkapkan).

Mmmm,.. jujur saya agak skeptikal dengan konsep ini. Konsep Muslim mesti dapat 100% dalam peperiksaan atau mesti cemerlang dalam akademik semata-mata. Seolah-olah, jika tidak 100% ada kecacatan dengan keIslaman anda.

Benar. Dari satu aspek, dengan kerajinan, kesungguhan, ketekunan ianya tidak mustahil tetapi meletakkan target 100% dan dihubungkan dengan makna Muslim, ianya agak cuai. Lebih-lebih lagi, promosi anda adalah untuk keuntungan syarikat anda dan bukannya percuma.

Bagi saya, ibubapa perlu teliti dan sensitif dalam arus mengejar kecemerlangan akademik tanpa batasan ini. Jangan terperangkap dalam perlumbaan mengejar A, A+ dan sebagainya. Tidak salah, untuk kita lebih teliti dalam memahami makna cerdik dan faqih dalam kehidupan seorang Muslim. Lebih sensitif dengan keupayaan dan potensi anak kita, supaya tidak dibebankan dengan ‘stress’ tersembunyi bagi anak-anak yang memang ditakdirkan tidak berkemampuan dalam akademik misalnya. Jangan mudah terpengaruh dengan ‘bisnes’ motivasi sebegini.

Dalam satu hadith Nabi saw, Baginda bersabda,
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

“Barangsiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan, maka dia akan difahamkan kepadanya dalam urusan agama.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Inilah kebaikan yang perlu anak-anak kita dapatkan. Yakni memahami urusan agama yang digunapakai dalam kehidupan mereka sehari-hari. Bukan hanya terikat dan dinilai 100% dalam peperiksaan tahunan di sekolah-sekolah atau peperiksaan utama dalam negara. Bagi yang mampu dan berjaya dengan A’s yang banyak, alhamdulillah itu anugerah Allah pada mereka Tetapi mustahil keseluruhan calon akan mendapat nilai A’s tersebut bukan?

Masyarakat tersasar arah. Berapa ramai anak-anak ‘bijak’ yang ke luar negara menuntut ilmu, tetapi bagaimana dengan agama mereka? Ada yang terlibat penyalahgunaan dadah, solat jauh sekali, minum arak di sana-sini, berakhlak buruk pakaian sehari, berzina ikut suka hati, dan sebagainya. Walaupun statistik tidak pernah dikeluarkan, tetapi ianya berlaku dikeliling mereka. TST – tahu sama tahu sahaja.

Adakah mereka tidak bijak? Adakah mereka tidak score A? A+? Adakah mereka tidak berketrampilan? Jawapannya sudah pasti TIDAK.
Mereka adalah pelajar yang bijak, score A, pandai bahasa asing, tetapi mereka ‘kehilangan’ kefahaman terhadap agama mereka. Dan ini bukanlah satu kebaikan buat mereka sebagaimana hadith Nabi saw tadi, malah ianya satu keburukan tanpa ibubapa sedari.

Oleh itu, keluar dari ‘kotak minda’ yang tertutup dalam mendefinisikan ‘kecemerlangan’, ‘kebaikan’ dan ‘kejayaan’ amatlah penting bagi setiap dari kita. Jangan sampai kita terkejar-kejar kepada akademik, tuisyen, latih tubi dalam urusan pendidikan formal tetapi menghilangkan nikmat hidup sebagai seorang anak muda Muslim yang seharusnya memahami Deen mereka. Akademik adalah sebahagian dari kehidupan sahaja sebenarnya.

Agendakan anak-anak untuk faham agama, tertingkat fizikal dan kesihatan, teguh kerohaniannya, cerdas aqalnya, baik akhlaknya, dan bermanfaat untuk lingkungannya.
Sudah-sudahlah menekankan kepada fokus akademik semata-mata hingga menggadaikan potensi lain yang anak-anak kita miliki. Berilah kefahaman Islam untuk mereka menikmati kehidupan sebagai hamba kepada Allah swt dan bukan hanya menikmati buku-buku pelajaran semata-mata.

Mereka adalah makhluk Allah sebagaimana kita yang  hidup dengan keimanan dan hanya akan baik dan berguna, apabila memahami agama dan bukan selainya darinya..

Wallahu’alam
Halaqah Keluarga

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s