Bab 7 – “Jemputan-jemputan Membazir Itu”

Setelah melangsungkan akad nikah, seseorang perlu mengumumkan pernikahannya, i’lan, agar masyarakat mengetahuinya. Melalui walimah, pengantin  yang  baru  menikah memberitahu  kepada  orang  ramai, menyatakan  rasa  syukurnya  atas  rezeki  yang  dikurniakan  Allah  padanya,  serta memohon doa agar pernikahan yang baru sahaja dilangsungkan dibarakahi oleh Allah dan  Allah  redha  kepada  keluarga  baru  itu  beserta  seluruh  keturunannya  kelak.

Allahumma amin.

Pada masa dahulu, orang memberitahu kepada masyarakat dan sanak-saudara secara lisan. Mereka kemudian memberitahu kepada orang lain dan siapa sahaja yang ditemui, jika pihak yang mengadakan walimah mengizinkan. Selain masyarakat umum, ada orang-orang yang dijemput secara khusus. Menjemput dengan cara ini, lebih dekat dengan silaturahmi dan lebih dekat dengan kesucian hati serta kebersihan niat.

Zaman kemudian berkembang, orang semakin sukar menyediakan waktu jika tidak diberitahu jauh lebih awal secara bertulis. Kesibukan masing-masing, baik orang yang menjemput mahupun yang dijemput, menjadikan jemputan bertulis lebih praktikal. Melalui  jemputan  bertulis,  ia lebih  memungkinkan untuk  menjemput lebih ramai orang.

Setelah jemputan bertulis marak digunakan, mulai ada pergeseran. Jemputan bercetak tidak hanya dilihat pada fungsi asalnya untuk memberitahu orang. Ada sejumlah hal yang kemudian masuk ke dalamnya. Asalnya sekadar supaya tidak kelihatan terlalu ringkas, sehingga orang berusaha membuat rekaan kad jemputan supaya kelihatan lebih menarik dan anggun. Pilihan kertas juga demikian, semakin berkembang.

Selagi mana semua itu masih ada fungsinya, sepanjang kefahaman saya masih tidak ada masalah. Hanya sahaja, saya kemudian mulai bertanya ketika melihat jemputan-jemputan pernikahan yang mewah dan lebih banyak fungsi hiasannya. Atau, malah fungsi prestij. Jemputan-jemputan itu dicetak di atas kertas yang jauh melebihi keperluan. Ada terlalu banyak hiasan yang tidak ada fungsi, kecuali sekadar keunikan dan kekhususan. Padahal, selepas itu jemputan-jemputan itu dibuang ke tempat sampah. Kertas yang biasanya bertuliskan ayat suci Al-Qur’an, surat Ar-Rum ayat 21 itu, bercampur dengan sampah-sampah lain yang siap untuk diangkut tukang sampah.

Saya sempat berfikir, apakah jemputan yang seperti ini tidak membazir? Membuat sesuatu yang jauh melebihi keperluan, kertasnya kadang-kadang sampai berhelai-helai yang ditampal-tampal, padahal hanya dibaca sesaat. Sesudah itu tidak berguna lagi.

Ironi sekali. Jemputan-jemputan membazir itu justeru banyak yang berasal dari kita yang   beragama   Islam.   Bahkan   dari   kita   yang   kelihatan   sangat   ghirah keagamaannya.

Saya  bukan  hendak mengajak Anda  untuk  bersikap kaku  dengan tulisan  ini. Tidak. Kita melihat realiti sekarang bahawa kemunculan jemputan bercetak hampir-hampir mustahil untuk dihapuskan. Sehingga jemputan itu mempunyai fungsi untuk menyampaikan berita, untuk i’lan (mengumumkan) atas peristiwa membahagiakan. Melalui jemputan, kita lebih memungkinkan untuk mengajak ramai orang.

Melalui tulisan ini, saya hendak mengajak untuk kita berfikir sejenak, sehingga kita dapat mengelak pembaziran. Tetapi, kita juga menjauhkan diri dari sikap terlalu bakhil. Pembaziran banyak lahir dari sikap israf (berlebih-lebihan), sedangkan sikap bakhil (kikir, terlalu mengurang-ngurangkan) menjauhkan kebaikan.

Langkah ini dapat dilakukan dengan mencegah diri dari menggunakan jemputan bercetak yang berlebih-lebihan. Jemputan boleh jadi tetap menarik, tetapi tidak berlebih-lebihan dalam penggunaan kertas dan hiasan.

Menjauhkan  pembaziran  juga   boleh   dilakukan   dengan   memberi   manfaat tambahan pada kad jemputan yang dicetak. Misalnya, dengan memaksimumkan fungsi seluruh kertas yang ada. Sehingga selain bermanfaat untuk menyampaikan jemputan walimah, juga bermanfaat untuk dakwah dalam jangka masa panjang. Bukan yang dilihat sekali, kemudian terus dimasukkan ke dalam tong sampah.

Memberi manfaat lebih ini dilakukan dengan membuat rekaan pesanan-pesanan maslahat. Boleh juga dengan menyertakan fungsi lain yang diperlukan orang, kalendar misalnya. Boleh juga jadual zakat. Atau, Anda boleh menambahkan jadual solat untuk daerah tempat walimah dilaksanakan yang mudah dibawa kemana-mana. Manakala lebihan kertas yang ada boleh dimanfaatkan juga dengan membuat rekaan penanda buku sekaligus mengisinya dengan pesanan maslahat.

Masih banyak sentuhan lain yang dapat diberikan. Anda dapat memikirkan peluang-peluang itu agar undangan tidak terlalu membazir. Semoga dengan demikian, lebih dekat kepada barakah dan redha Allah. Dengan demikian syaitan tidak mempunyai kesempatan untuk menimbulkan pembaziran.

Mudah-mudahan ikhtiar kita untuk menjadikan berbagai-bagai langkah selama proses pernikahan dengan sesuatu yang bermanfaat dan maslahat, menjadikan pernikahan kita barakah, sakinah mawaddah wa rahmah. Semoga kelak Allah mengurniakan keturunan yang memberi bekas kepada bumi dengan kalimah laa ilaaha illaLlah.

Mohammad Fauzil Adhim

(Kado Pernikahan)

Advertisements
This entry was posted in Kado Pernikahan, PERNIKAHAN. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bab 7 – “Jemputan-jemputan Membazir Itu”

  1. Wan Zuraida says:

    tdk terfikir akan perkara ini. kadangkala dirasakan kad undangan itu adlh perkara wajib, sedangkan tujuannya kad itu adlh utk hebahan. dgn apa hebahannya tak kisah lah kan? melalui kad, lisan atau sbgnya. fesbuk pun boleh juga kan? ^^

    trm kasih Halaqah Keluarga atas artikel yg mencerahkan ini.

    (br perasan dulu2 kad undangan hanyalah yg sekeping dan tulis kat tgn je utk di agihkan kpd saudara terdekat.)

    • Benar ukhti. Kalau kita perhatikan, dalam buku ini penulis banyak menyebut bahawa perbuatan membazir dapat mengurangkan barakah sebuah pernikahan.

      Pada hemat kami, perbuatan membazir ini bukan setakat berlaku pada kad jemputan. Tetapi juga pada hidangan yg terbuang, lampu2 yg xperlu, dan apa sahaja yang terlalu melebihi keperluan. Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s