Peranan Kita vs Valentine’s Day

Isu Valentine’s Day bukan isu baru yang semalam baru turun ke muka bumi. Ia juga bukan suatu yang misteri hinggakan baru di temui akhir-akhir ini. Ia juga bukan lagi rahsia yang baru di ‘pecahkan’. Ia adalah isu saban tahun yang menjadi ‘objek’ perbincangan masyarakat. Tahun-tahun terakhir ini ia dilihat seperti isu bacaan yassin malam jumaat yang dikatakan bid’ah yang sesat. Gegak gempita seluruh alam.

Pembaca yang budiman. Benar. Menyambut Valentine’s Day bukan anjuran atau suruhan agama. Jauh sekali ianya ibadah yang wajib dilakukan atau sunnah yang berpahala jika di raikan. Ianya adalah amalan orang-orang bukan Islam. Itu kita semua fahami.

Persoalannya, kenapa kita fahami dan tahu tetapi majoriti anak-anak muda tidak memahaminya? Malah dilihat tidak langsung mahu mengerti? Walaupun media membicarakan, walaupun tokoh-tokoh agama membahaskan, walaupun jabatan-jabatan agama di kerahkan. Remaja. Tetap dengan ‘aqidah’ ianya sesuatu yang ‘wajib’ di raikan jika anda adalah pasangan yang sedang berkasih-sayang. Kasih-sayang = Valentine’s Day.

Pernahkah kita terfikir? Bagaimana proses kita menerima kefahaman? dan bagaimana anak-anak ini sedang menerima ilmu dan kefahaman mereka? Adakah kita menolak Valentine’s Day setelah umur kita tepat 40 tahun secara tiba-tiba? Atau kita tidak meraikan Valentine’s Day setelah kita melahirkan anak pertama? Sudah pasti tidak.

Kita menolaknya, kerana telah sampai ilmu dan kefahaman ke cuping telinga, di proses oleh aqal, di pandu oleh iman dan sah! ini bukan ajaran agama dan wajib di tolak dan dijauhi. Itu kita. Tetapi bagaimana dengan mereka? Di mana mereka menimba ilmu? Dari mana mereka tahu itu betul dan salah? Siapa kawan yang mengabarkan kepada mereka? Siapa orang tua yang mereka dengar nasihat yang baik?

Nah!, jika di teliti dan renungi kembali. Kita amat bertanggungjawab untuk membetulkan permasalah ini bahkan semua permasalahan kesalahfahaman terkait agama. Sebarkan ilmu, hubungkan kasih sayang, beri nilai yang ikhlas, tunjuk ajar apa yang salah… insyaAllah mereka dapat berubah.

Dan pasti medium terbaik komunikasi dan didikan adalah melalui Halaqah Keluarga mingguan kita. Dari anak-anak masih kecil atau telah meningkat dewasa, dedahkan mereka dengan ‘ajaran songsang’ yang menjadi budaya orang Islam seperti Valentines’ Day ini. Berikan definisi benar kasih sayang dalam Islam. Ceritakan sirah-sirah kasih sayang para-para sahabat r.a yang terlalu tinggi nilainya di sisi Allah swt.. dan bawa kepada mereka contoh kerosakkan ummat di sebabkan Valentine’s Day ini.

Jika mereka telah makin dewasa bawa mereka keluar bersiar-siar pada malam tersebut, bawa camera dan video recorder untuk mengambil shoot2 tertentu… dan hasil itu di bawa berbincang di dalam Halaqah Keluarga mingguan anda bersama mereka. Lihat karakter mereka-mereka yang berpeleseran, bagaimana mereka berpakaian, telah dialog apa yang dibincangkan? dan insyaAllah ini lebih dari cukup untuk memberi kesan kepada anak-anak kita menjauhi Valentine’s Day dan yang seangkatan dengannya.

Untuk lebih membesarkan peranan kita, bukan hanya anak-anak kita sendiri sahaja. Minta kawan-kawan mereka atau sepupu terdekat untuk join bersama perbincangan ini dan topik2 yang seangkatan dengannya..

Jadualkan perbincangan sihat sebegini. Tidak terikat dengan Valentine’s Day sahaja tetapi boleh dikembangkan kepada program yang lain juga. Rokok, dadah, rempit, bohsia, dan sebagainya. Perangi keseluruhan aktiviti songsang budaya rekaan yang perlu kita jauhi kerana Islam itu sempurna sebenarnya.

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu dan telah Kucukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agamamu.” (Q.s. Al-Maidah [5]:3)

Wallahu’alam


Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

One Response to Peranan Kita vs Valentine’s Day

  1. ibu says:

    Assalamualaikum. tepat sekali saranan diatas. Ini adalah kerana kita hendak anak-anak atau remaja kita dengan rela hati meninggalkan sesuatu amalan yang bukan islam itu berdasarkan kesedaran dan kefahaman bukan hanya kerana penguatkuasaan, kerana sesuatu yang dipaksakan itu sifatnya tidak kekal dan akan dicari jalan keluar supaya boleh dilakukan.
    Benarlah didikan (tarbiah) itu bermula dari rumah kita sendiri. Bukan senang nak yakinkan masyarakat hanya dengan didikan (tarbiah) sajalah yang akan menggugurkan segala
    kemaksiatan dari akar umbinya. wallahuallam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s