Da’wah:- “Antara Anugerah, Diserah Atau Dikerah?!”

Rahmat Allah swt hendaknya sentiasa bersama kalian.
Merujuk kepada persoalan terkait situasi yang sentiasa di hadapi oleh sebahagian besar dari kita pada hari ini.

Bagaimana untuk melaksanakan da’wah di dalam lingkungan yang terdekat dengan kita sendiri, sedangkan di satu sisi kita lebih mudah melaksanakan da’wah kepada orang-orang luar dari lingkungan kita?!

Lingkungan yang dimaksudkan adalah anak, isteri, adik-beradik, ibu-bapa dan saudara mara terdekat yang bersama dengan kita 24/7 pastinya…

Realiti da’wah hari ini, jika di telusuri bersama, pasti kedengaran bisik-bisik negatif memperkatakan terkait du’at yang ‘aktif’ melaksanakan da’wah ke hulu ke hilir, ke sana ke mari, mampu menggegarkan mimbar masjid, memecahkan speaker di dewan ceramah TETAPI di satu sisi yang lain anak dan isteri terabai, adik-beradik berantakan, saudara-mara menjauh dan sebagainya. Inikah contoh yang baik? dan bagaimana sewajarnya kita bersikap terkait da’wah lingkungan ini?

Sebelum pergi lebih jauh, saya ingin berkongsi di antara asas penting yang perlu difahami bersama adalah terkait segmen mad’u (orang yang diseru) dalam da’wah kita.

Ada tiga jenis segmen da’wah yang perlu kita fahami dengan baik:-
a) Mad’u anugerah
– yakni mad’u yang dianugerahkan kepada kita seperti anak, isteri, ibu-bapa, adik-beradik dan saudara-mara. Mereka adalah anugerah Allah swt tanpa perlu kita bersusah payah mencarinya sendiri ke sana ke mari untuk menjaja dan menjual da’wah kita (kecuali isteri yang perlu di cari di peringkat awal sahaja). Mereka dapat bersama kita di setiap tempat, masa dan ketika (susah atau senang). Malah dapat dinilai keberkesanan da’wah dan tarbiyah sepanjang masa ketika bersama dengan kita.. serta dapat menjadi cermin sebenar diri kita dalam memperbaiki diri serta meningkatkan diri kita.. itulah mereka – mad’u anugerah.

b) Mad’u diserah – yakni mad’u yang terikat dengan kita di sebabkan jawatan atau lingkungan pekerjaan kita. Sebagai contoh pelajar-pelajar sekolah yang diserah kepada guru-guru untuk dididik secara formal, atau pekerja-pekerja bawahan yang dibawah tanggungjawab penyelia/pengarah-pengarah syarikat. Mereka ini diserahkan kepada kita atas tanggungjawab kerja/aktiviti secara formal. Mad’u dalam segmen ini juga tidak perlu di cari kerana mereka telah di serah kepada kita… tinggal bagaimana kita merasakan mereka adalah mad’u yang diserah?!

c) Mad’u dikerah – ini merupakan segmen da’wah yang banyak dan selalunya menjadi rebutan oleh para du’at di jalan Allah swt. Mereka adalah kelompok/individu di luar sana yang tidak dianugerah atau diserah tetapi di kerah oleh tenaga kita untuk memancing mereka menerima da’wah kita. Ke sana ke mari, dengan buah tangan di jaja, dengan kata-kata yang memikat jiwa, mad’u segmen ini dicari dan direbut di pelusuk dunia. Dan inilah segmen yang paling banyak menjadi tumpuan para du’at di luar sana. Hinggakan dilihat seolah-olah inilah kerja da’wah yang sebenar (tidak dinafikan keseluruhannya).

Jika diteliti balik kepada segmen da’wah yang ada di lingkungan kita, sudah pasti kita tahu jawapannya bahawa Allah swt telah menganugerah dan menyerahkan ratusan mad’u-ma’u dalam segmen da’wah anugerah dan diserah untuk disampaikan risalah Islam tanpa kita sedari mungkin?! Adalah penipuan jika ada di kalangan du’at mengatakan mereka sukar mendapat mad’u dan melaksanakan da’wah kerana Allah swt telah menganugerah dan menyerahkan kepada kita mad’u-mad’u untuk diproses dan dida’wahkan…Disebabkan faktor inilah, setiap dai’ itu pasti mukmin, setiap mukmin pasti muslim, dan setiap muslim secara automatik adalah dai di jalan Allah swt sebagaimana di contohkan oleh para sahabat Baginda Nabi saw dalam lipatan sejarah. Kenapa muslim adalah du’at atau penda’wah? kerana dilingkungan kita telah terdapat mad’u anugerah atau diserah untuk kita laksanakan da’wah dan tarbiyah… Tiada alasan lagi!.. Apatah lagi bagi du’at yang benar-benar memahami teori-teori da’wah dan tarbiyah yang tinggi dan mantap ilmunya.. tiada ruang untuk melepaskan diri, bukan?! Allahu Allah!

Terlepas pandang terkait mad’u anugerah dan mad’u diserah ini menyebabkan ramai du’at yang sibuk dengan mad’u dikerah hinggakan mengabaikan asset berharga yang mengelilingi diri mereka. Jika diabaikan terus, kesan yang berlaku adalah fitnah kepada du’at dan Islam itu sendiri bukan? Tidak kurang juga ramai yang mengeluh betapa sukarnya menjalankan kerja da’wah ini dan mendapatkan mad’u tetapi mereka lupa kepada apa yang telah Allah swt anugerahkan kepada mereka dan juga yang diserahkan kepada mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Ikhwah wa akhwat fillah rahimakumullah,

Berbalik kepada persoalan asal, bagaimana menjalankan da’wah kepada mad’u anugerah dan mad’u diserah ini?!

i)  RASUL SAW MENCONTOHKAN. Di dalam lipatan sejarah Baginda Nabi saw, permulaan da’wah Baginda adalah bermula dengan mad’u anugerah yakni kaum keluarga Baginda sendiri. Khadijah merupakan individu awal yang menerima da’wah baginda sebelum disambut oleh kaum keluarga yang lain serta sahabat-sahabat rapat Nabi saw. Jika di amati lagi, setelah berlaku perkembangan da’wah Islam sekalipun, Nabi saw tidak sama sekali meninggalkan usaha da’wah kepada paman Baginda Nabi saw yakni Abu Talib hinggalah kepada paman Baginda pergi bertemu Allah swt sebelum sempat beriman kepada Allah swt dan RasulNya. – inilah kefahaman asas yang perlu kita sama-sama perbaiki.

ii) LAKSANA DI DALAM DAN BAWA KELUAR. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, anda WAJIB melaksanakan da’wah dan tarbiyah di dalam keluarga anda dahulu dalam pelbagai aspek dan hasil serta pengalaman tersebut di bawa ke luar (yakni berda’wah ke luar) untuk mendapatkan mad’u dikerah tersebut. Yang menjadi masalah pada hari ini, adalah ramai du’at yang bertungkus lumus melaksanakan da’wah di luar dengan hasrat pengalaman di luar dapat di bawah masuk ke dalam keluarga. insyaAllah, ianya benar di satu aspek tetapi kaedah yang terbaik setelah memahami da’wah adalah mengaplikasikan da’wah itu di dalam keluarga dan secara beransur-ansur di bawa ke luar bersama-sama dengan anak dan isteri yang juga adalah penda’wah baru di lapangan – mudah bukan?! Jika tidak, du’at akan disibukkan dengan ketidakfahaman anak dan isteri serta keluarga yang boleh merencatkan da’wah. ‘mereka yang terbaik, adalah yang baik terhadap keluarga mereka”

iii) LIBATKAN BUKAN ABAIKAN. Jika diteliti psikologi manusia secara fitrahnya, ia lebih cenderung untuk bersama dan menyokong sesuatu perkara jika dilibatkan diri mereka secara bersama. Begitu juga dengan da’wah. Anak-anak yang kecil, remaja atau dewasa pasti teruja dan bahagia apabila abinya (sang ayah) melibatkan diri mereka dengan kerja-kerja da’wah yang banyak di luar sana. Dengan semudah menjadikan anak-anak kecil melukis dan mewarna poster-poster da’wah, melibatkan anak remaja menjadi pemandu kepada abinya untuk hadir ke sesi jemputan ceramah da’wah hinggalah kepada memberi kepercayaan kepada anak dewasa untuk mengendalikan Halaqah Keluarga ketika abi atau umminya di luar kawasan. * Ketika anak-anak kecil melukis atau mencorakkan poster-poster Palestine misalnya, pasti abi atau ummi serta abang dan kakak tidak kering berkongsi signifikannya Palestine di dada ummat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini, bukan?* Ketika anak remaja menjadi driver kepada abinya untuk urusan da’wah pasti ‘mukhalatah’ (corat-coret) di dalam kereta bersama abinya akan mengeratkan ukhwah serta menambahkan ilmu diserikan lagi tunjuk ajar serta panduan menjadi pemandu berhemah di samping murajaah hafalan quran secara bersama bukan? * Ketika anak dewasa menjadi naqib menggantikan abi atau umminya yang berada di luar kawasan, secara indirect melatih anak dewasa menjadi murabbi baru ummat, bukan? Inilah contoh praktikal da’wah lingkungan yang dimaksudkan. Hingga yang lahir dan terbentuk adalah sebuah keluarga da’wah.

Nah! berdasarkan beberapa panduan di atas, sudah pasti kata kunci utama untuk melahirkan kefahaman, keikhlasan serta kesedaran kepada sang suami, sang isteri serta anak-anak dalam memahami da’wah dan tarbiyah adalah HALAQAH KELUARGA. Mulalah dari sekarang, melaksanakan pertemuan mingguan bersama mereka, mulakan dengan tilawah quran, tadabbur quran, tazkirah ringkas, perkongsian masalah, serta taujih dari sang bapa kepada anak-anak kapal pelayaran hidup yang penuh makna ini, di tangguh dengan doa’ Rabithah yang pasti dengan izin Allah swt mengeratkan hubungan antara sesama kita.. iAllah…

Ingat! mad’u anugerah dan mad’u diserah lebih utama dari mad’u dikerah… jika para du’at tidak mengabaikan yang di anugerah dan diserah pasti memberi kesan pada yang dikerah.. 🙂 🙂 🙂

Halaqah Keluarga

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga, HALAQAH KELUARGA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s