Liqa’ Kami – “Cinta Manusia”

CINTA MANUSIA
Alhamdulillah… Di antara coretan dalam Halaqah Keluarga, kami merujuk tadabbur Surah Ali-‘Imran: 14 yang insyaAllah selalu kita dengari:- “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik” [Ali-‘Imran [3]: 14]

Jika sama-sama kita renungi ayat ini, benarlah kehidupan kita sehari-hari sebenarnya tidak lari dari komponen yang telah dinyatakan di atas, (senang terhadap lawan sejenis, anak-anak yang menjadi penghibur, harta-benda, wang, kenderaan, haiwan ternakan, ladang, dll).

Allah swt telah memperingatkan kita dengan jelas bahawa semua komponen ini diciptakan Allah swt untuk manusia dan yang penting sekali adalah ianya bersifat indah pada pandangan manusia.

Disebabkan itu, tidak hairanlah pada hari ini ramai ummat manusia yang berpusu-pusu, berkejar-kejar, berlumba-lumba hingga ke tahap sanggup membunuh, menipu, merompak, rasuah, menindas, menzalimi dan sebagainya dengan satu tujuan yakni ingin memiliki komponen-komponen yang telah dinyatakan oleh Allah swt.

Yang PALING PENTING bagi kita selaku Mukmin yang beriman kepada Allah swt adalah menjadikan keinginan (syahwat) terhadap komponen ini di atas landasan yang betul (al-haq) dan tidak melampaui batas dalam memilikinya.

Jika anda seorang suami/isteri, berimanlah bahawa anda pasti akan berpisah dengan isteri/suami yang paling anda sayangi tersebut. Maka, berpada-padalah dalam menyayangi isteri jangan sampai melanggar perintah Allah swt.

Jika anda seorang ayah/ibu, berimanlah bahawa anak-anak anda adalah amanah Allah swt kepada anda yang berupa peluang pahala atau lubuk dosa. Maka, penuhilah tanggungjawab anda dengan sebenar-benarnya.

Jika anda seorang kaya, berimanlah bahawa harta kekayaan itu wajib diperolehi dan diuruskan dengan halal dan tunaikan hak-hak orang miskin yakni zakat. Dan berimanlah bahawa sebanyak mana pun harta tersebut ianya akan ditinggalkan apabila nyawa telah berada di kerongkongan anda.

Jika anda seorang pemilik kenderaan yang mewah, berimanlah bahawa ianya tidak dapat memandu anda ke syurga jika disana terdapat kemegahan dan kesombongan, halakan kenderaan anda ke Masjid Allah swt sentiasa dan gunakan sebagai roda pahala di sisiNya.

Rakan-rakan yang disayangi Allah swt.
Peringatan penting dari Allah swt kepada kita setelah dinyatakan bahawa komponen-komponen yang ada itu adalah nikmat dan kesenangan hidup di dunia, Allah swt menyatakan bahawa DISISI ALLAH SWT TEMPAT KEMBALI YANG BAIK.

Jika kita rasakan wanita cantik, harta mewah, dsbnya satu nikmat yang besar… KEIMANAN yang WAJIB di tanam adalah kembali kepada Allah di akhirat nanti itulah yang LEBIH UTAMA DAN BAIK YAKNI SYURGA ALLAH SWT dan DAPAT BERTEMU DENGAN ALLAH SWT pastinya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita muhasabah sebentar terkait aktiviti seharian yang sedang kita jalani ini… adakah kita tertipu dengan dunia yang sementara ini? atau kita menikmati dunia ini sebagai ladang untuk kita tuai hasilnya di akhirat nanti..?

Alhamdulillah.. itulah antara tadabbur kami dalam Halaqah Keluarga mingguan kami.. Doanya perkongsian kecil ini memberi manfaat kepada kita semua hendaknya..

mmmm..
Halaqah anda pula bagaimana?!

Ayuh berkongsi dengan kami…

Advertisements
This entry was posted in HALAQAH KELUARGA, Liqa' Kami. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s