Antara Tugas Ibubapa

Antara cabaran besar dalam kehidupan adalah terkait interaksi mengurus dan mentadbir manusia.

Ini kerana manusia ada hati, aqal, perasaan dan roh. Manusia juga ada keinginan (nafsu) dan ada nilai ketaqwaan. Manusia ada komponen baik dan buruk. Keunikan makhluk Allah swt yang bernama manusia ini dinukilkan sebagai sebaik-baik kejadian. (Q 95: 4), tinggal lagi bagaimana caranya kita mengurus dan mentadbir manusia sesuai fitrahnya yang telah ditetapkan oleh Allah swt (Q 30:30).

Bukan tugas ibubapa, untuk menjadikan anak-anak sebagai ‘malaikat’ dengan dibuang nafsu, keinginan dan komponen buruk dalam diri mereka. Bukan itu tugas ibubapa.

Tugas kita yang utama adalah membawa anak-anak untuk tidak syirik kepada Allah swt. “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya. “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar” (Q 31: 13)

Maksud lain dari tidak membawa anak-anak syirik dengan Allah swt atau mempersekutukan Allah swt adalah dengan mengenal dan menanam iman ke dalam diri mereka supaya mereka mengenal Allah swt. Awal agama adalah mengenal Allah (awaludeen ma’rifatullah).

Tugas kita yang kedua adalah memastikan komponen fujur (buruk) yang ada dalam diri anak kita menjadi ‘kecil’ dengan cara memperbesarkan komponen ‘taqwa’ yang telah sedia ada. Bagaimana caranya? Ini dapat dilakukan dengan sentiasa dari awal lagi, memastikan mereka faham terkait ilmu Islam yang sebenarnya, dan mereka melaksanakan kewajipan-kewajipan amal Islami bersama dengan kita…  Dipantau dari segala sudut, dan jika mula terbit sesuatu yang -ve, jangan terus ‘dimarahi’ tetapi disalurkan kepada bagaimana yang terbaik untuk hal tersebut. Ini kerana, setiap komponen -ve dalam diri kita ada komponen +ve yang menyeimbanginya. Tinggal sahaja bagaimana untuk ‘memperbesarkan’ komponen +ve tersebut.

Sebagai contoh. Jika terbit sikap ‘panas baran’ dalam diri mereka, dengan mengamuk tanpa dikawal, memecahkan barang rumah itu dan ini… maka, selaku ibubapa, tindakan pembetulan perlu di lakukan segera. Kaji faktor dari mana sikap tersebut terbentuk. Cari bahan-bahan yang membahaskan persoalan ‘mengawal amarah’ misalnya.

Salurkan ilmu tersebut ketika sessi Halaqah Keluarga mingguan anda. Susun atur teguran yang bersesuaian, dan berikan contoh-contoh mereka yang rosak akibat ‘amarah’. Tanya pada anak tersebut, kenapa dia bersifat sedemikian rupa?! Apa perasaan yang mengawal dirinya ketika marah? Apa yang dia dapat setelah marah? Apa kerugian bagi yang berada di keliling nya? Dengar dengan teliti luahan perasaan tersebut. Isikan ‘lompang’ kosong yang mungkin ada dengan ajaran Islam yang sesuai bersama logik-logik simple yang memberi kesan. Bawa kepingan pasu bunga yang telah di pecahkan. Ayuh kita muhasabah! (sambil semua memandang kepada kepingan tersebut). Dimana amarah tadi pergi? Apa yang tinggal? (hanya kepingan pasu yang pecah). Hubungkan bagaimana ‘amarah’ merugikan. Bukan hanya harta-benda, tetapi masa dan yang lebih penting perasaan orang sekeliling yang mungkin pecah berderai lebih teruk dari pasu tersebut.. 😦

Ulangi proses mendidik terkait ‘amarah’ ini hinggalah anak tersebut dapat mengawal sifat amarah yang ada dalam dirnya. Untuk mempositifkan ‘perasaan marah”, tunjukkankan kaedah untuk menyalurkan ‘amarah’ tersebut demi kebaikan menjaga aqidah, maruah, akhlak dan menjaga ummat Islam. Ambil contoh para-para sahabat Nabi saw. Pasti mereka seronok!. Selain sedar kesilapan, mereka mendapat ilmu yang sepatutnya mereka ketahui dan amalkan.

Oleh itu, kesedaran kepada tugas kita dalam mendidik bukan hanya berkisar kepada kelas-kelas tambahan di luar rumah, tuisyen-tuisyen berbayar tetapi ia amat berkait rapat dengan bagaimana kita mengurangkan sikap -ve dengan membesarkan sikap +ve dalam diri kita dan anak-anak. Kesemua ini, menjurus kepada beriman kepada Allah swt..

Wallahu’alam.

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s