Cinta Isteri HAB – “Singgahsana Mulia Kaum Wanita”

~ SINGGAHSANA MULIA UNTUK KAUM WANITA ~

Mengapa rumahtangga Hassan Al-Banna penting untuk dikaji?
Inilah pertanyaan paling mendasar yang perlu di ungkapkan sebelum kita menghuraikan sebuah permasalahan terutama terkait kekeluargaan. Rumahtangga yang dibentuk oleh Hassan Al-Banna dan isterinya, bukanlah rumahtangga biasa. Ini adalah kerana Hassan Al-Banna sebagai ketua keluarga bukan hanya istimewa tidak hanya pada peribadinya, tetapi juga rumahtangganya. Itulah sebabnya, sebahagian orang memberinya gelaran ‘Pembaharu Islam’ Abad ke-20. Mereka yang menyatakan hal ini, tidak hanya berkisar dengan orang yang dekat dengannya, tetapi juga mereka yang sesungguhnya jauh dari pemikirannya dan bahkan bertolak-belakang dengan dakwahnya.

Kita boleh sedikit merasakan keistimewaan Hassan Al-Banna ini melalui perkataan Robert Jackson, seorang penulis Amerika yang menyatakan:-

“Tidak satupun yang berhasil dari beragam upaya untuk menebarkan informasi palsu tentang dirinya. Orang ini mengagumkan dalam berinteraksi baik terhadap pendokong perjuangannya mahupun terhadap lawannya. Dia tidak menyerang musuhnya, tidak memerangi mereka, tetapi cukup melakukan sikap yang justeru boleh menyakinkan dan merangkul mereka untuk mahu bergabung dalam berisan pendokongnya. Dia memandang bahawa permusuhan antara dua kelompok tidak pernah mendatangkan hasil yang diinginkan. Dia percaya dan yakin bahawa permusuhan pemikiran, tidak boleh berubah menjadi permusuhan peribadi. Meski demikian, dia tetap mendapat perkataan pedas dari musuh dan lawan-lawannya… Orang ini (Hassan Al-Banna) mengikuti jejak Umar dan Ali, serta berjuang seperti Al-Hussain. Hingga dia gugur seperti mereka sebagai syahid”

“Aku ingin mengatakan bahawa kehidupannya, perilakunya, sesuai dan sejalan dengan prinsip serta norma yang dia serukan. Lebih dari itu, dia adalah seorang yang menyakini realiti, memahami segala hal secara hakikatnya tanpa waham. Jika anda menemuinya, maka dia tampak akan sangat teduh sementara hatinya bergolak panas. Akalnya begitu sederhana dan fleksibel. Fikirannya bebas. Dalam jiwanya terpancar sinar cahaya. Dan lebih dalam dari jiwanya terdapat keimanan yang kuat dan kukuh. Dia sosok yang rendah hati terhadap orang yang mengenal kemampuannya. Dia begitu optimis dan menjaga perkataannya. Memelihara pena yang digunakannnya dari kata-kata pedas”

“Madhzab politiknya adalah mengembalikan materi akhlak pada pentas politik, setelah sebelumnnya politik tidak dihiasi akhlak. Dan ketika politik dan akhlak disebut sebahagian orang takkan boleh bersatu..”

Keunikkan individu Hassan Al-Banna inilah yang menjadikan kita penting mengetahui lebih jauh tentang cara pengurusannya dan mengurus rumahtangganya. Menjadi lebih penting lagi, bukan kerana individu Hassan Al-Bannanya, tetapi pada kemampuannya mengurus rumahtangga di tengah tingginya keperluan dakwah yang mesti dilaksanakan. Dan yang tidak kurang penting juga, adalah peribadi isterinya, Lathifah As-Shuuli yang dikupas dalam buku ini.

Mari kita mulai membedah peranan dan cinta isteri Hassan Al-Banna dengan mengetahui lebih dahulu peta pemikiran Hassan Al-Banna terhadap wanita. Sebagai tokoh dakwah sekaligus pemikir Islam, Hassan Al-Banna pastilah mempunyai sudut pandang yang penting untuk kita lihat, terhadap masalah wanita. Tentu sahaja sudut pandang ini dihasilkan dari referensi Al-Quran dan Sunnah serta pandangan para sahabat, yang kemudian disarikan dalam kerangka pandangan beliau dan dituangkan dalam sebuah kitab berjudul “Al Mar’atu fi Nazhari Hassan Al-Banna”.

Wallahu’alam
Halaqah Keluarga

Advertisements
This entry was posted in Cinta Isteri Hassan Al-Banna. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s