Membina Sebuah Keluarga

Mulakan perkenalan awal dengan mengenali siapa bakal pendamping anda. Setelah ‘sah’ disatukan, maka proses perkenalan yang sebenar baru sahaja bermula. Perkenalan dalam satu bangunan/institusi yang dikenali ‘keluarga’ atau ‘usrah’.

Keluarga atau usrah merupakan binaan organisasi terkecil dan terpenting dalam sistem sosial ummat manusia. Rukun dalam keluarga sama sahaja sebagaimana rukun usrah yang kita fahami seharusnya berlaku. Jika usrah memerlukan aplikasi kepada ta’aruf, tafahum dan ta’awun maka keluarga juga tidak ketinggalan sebenarnya

Berta’aruflah sentiasa dengan ahli keluarga anda. Lahirkan kefahaman (tafahum) dengan saling memahami antara kekuatan dan kelemahan antara satu sama lain. Binalah sifat saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dalam rangka ta’awun (saling tolong menolong). Samada dalam hal kecil atau hal besar.

InsyaAllah, jika di kekal konsep ini dalam binaan keluarga, nescaya ianya dapat memberi ketenteraman kepada anggota di dalamnya dan memberi manfaat kepada yang berada berhampiran dengan kelurga anda. Maka, wujudlah keluarga yang bermanfaat untuk masyarakat keseluruhannya… itu satu, bayangkan jika ribuan keluarga melaksanakan konsep usrah yang sama dalam rumah mereka?!

“Ingat keluarga – ingatlah usrah – maka, lahirkanlah rukun-rukun wajib di dalamnya…”

Coretan Halaqah Keluarga
23.01.12 

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s