Muncul Yang Dinanti

Muncul Yang Dinanti

Tarikh keramat 16 September 2011 merupakan tarikh pertama semuanya bermula. Kau dilahirkan dengan penuh kesukaran dan kepayahan yang dirasai Ummi. Tepat jam 1.15 am hari Jumaat kau muncul dengan kesempurnaan anugerah Ilahi. Tiada yang lebih besar dari kesyukuran kepada Allah swt pencipta alam ini.

Lahirmu ditunggu Abi & Ummi, dengan penuh debar di hati. Alhamdulillah, kau kini telah bersama kami, menghirup udara ciptaan Ilahi dengan penuh tanggungjawab di sisi…

Diawal kelahiranmu, kau mula menangis memecahkan sunyi pagi.. Tangisan yang awal rupanya penuh bererti dan amat dinanti. Antara petanda, suara telah kau miliki, tetap anugerah Ilahi.

Diawal kelahiranmu juga, Abi menangisi setelah Ummi menangis tiada henti. Bagi Ummi, tangis adalah erti kesusahan dan kepayahan serta kesakitan. Bagi Ummi juga, tangis adalah tanda kegembiraan. Tetapi, tangis Abi bukan ke situ rupanya. Abi menangisi, bila mengenangkan bagaimana seharusnya Abi hadapi dengan anugerah yang tinggi dari Ilahi ini.

Anak yang dianugerahi – tetap dilihat dari dua sisi. Samada menambah dosa yang sentiasa meninggi atau pahala menuju syurgawi. Tangis cukup membawa erti, kerana antara Abi & Ummi. Yang paling gusar sekali adalah Abi. Kerana, Ummi telah bersih kerana kesakitan kelahiran yang dinanti. Abi pula, mungkin menanti sakit di akhirat nanti.

insyaAllah, Abi & Ummi sedang dan sentiasa mempersiap diri… Berusaha membawa-mu menuju jalan yang diredhai Ilahi… sebagai bekal penyelamat diri ini.. sama-sama kita berdoa moga termakbuli..

Halaqah Keluarga
23.01.12

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s