Kau Kurnia Illahi

Kau Kurnia Illahi

Kau kurnia Illahi
Lahirmu di nanti Abi & Ummi
Demi hajat & cita-cita yang tinggi
Berbakti pada-Mu Rabbi

Kau kurnia Illahi
Di nanti sana-sini
Bukan sekadar perhiasan duniawi
Demi sebuah tugas yang hakiki

Kau kurnia Illahi
Wajib beriman pada Yang Memiliki
Jangan sama sekali ke kiri
Mengikut syirik yang tersembunyi

Kau kurnia Illahi
Solat itu tiang abadi
Jangan tinggal sama sekali
Pasti cukup pagi & dinihari

Kau kurnia Illahi
Akhlakmu bakal diteliti
Penentu bagaimana didikan Abi
Bagaimana juga akhlak Ummi

Jangan sesekali peduli
Dengan desas-desus pujian duniawi
Berbaktilah hanya untuk Yang Menguasai
Dari awal hingga kau mati

Kau kurnia Illahi
Sebelum lahirmu telah didoai
Bukan hanya untuk hidup sehari-hari
Impian syuhada bertemu Yang Memberi

Kau kurnia Illahi
Jalan depanmu penuh liku & duri
Bersiap sedia dengan ilmu disisi
Terjemahkan ilmu tanpa irihati

Kau kurnia Illahi
Syukur Abi & Ummi
Jika kau dapat menghindari
Sesak dunia yang sentiasa merugi

Kau kurnia Illahi
Tiada yang di ingini
Melainkan kesolehan dalam berdiri
Menegakkan Deen yang tercuri

Kau kurnia Illahi
Menempuh alam yang pekat terisi
Diurus mereka yang menghina Rabbi
Maka jangan lengah dan cuai diri

Kau kurnia Illahi
Selain syuhada yang dinanti
Bekallah dirimu untuk mencari
Menjadi dai’ dan murabbi

Kau kurnia Illahi
Maafkan Abi & Ummi
Jika ada kecuaian yang tak disedari
Dalam mempersiapkan dirimu untuk berbakti

Abi & ummi
Pasti lemah sana sini
Satu pinta dari kami
Jangan kau dakwa di akhirat nanti

Manfaatkan ilmu yang diperolehi
Untuk berakhlak tinggi
Bukan hanya untuk kami
Untuk Islam agama yang tinggi

Halaqah Keluarga
15.10.11, Battery Road London

Advertisements
This entry was posted in Coretan Halaqah Keluarga. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s